Isnin, 28 Disember 2015

Penghujung 2015

Sekejap betul rasanya kan.. Dah penghujung tahun 2015.. Lagi beberapa hari sahaja dah. Serius sedih rasanya. Tapi amat bersyukur sbb tahun ni aku belajar banyak benda baru.. Pengalaman yg mematangkan aku. Berjumpa rakan baru. Arghhh kenangan...sungguh tidak dilupakan.. Aku belajar pelbagai perkara tentang manusia, tentang diri sendiri. So AZAM aku tahun 2016.. Nak lebih baik dari sekarang.. Usaha tangga kejayaan kan?? Apa2 pun hidup perlu diteruskan. Performed diri kena jaga. Yang paling penting sayangkan diri sendiri. Hahaha..terima seadanya. Belajar hidup sederhana serta tetapkan kepercayaan. Good luck Syud!!

Ahad, 27 Disember 2015

Dilwale 2015

Hari ni menghabiskan masa dengan princes... Pertama kali kot tonton wayang filem hindi kat panggung. Tapi apa yang dapat aku katakan disini.. Memanng terbaikkkk!!! Teringat kembali memori Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Korang pergilah tengok pasti tak menyesal punya. Kalau korang peminat filem hindi cam aku la kan...

Selasa, 15 Disember 2015

SAKITNYA

Sakitnya itu disini...didalam hatiku.. Hahahaha.. Aku terluka lagi hari ini.. Syabas diriku. Kau tewas lagi dengan diri sendiri. Menghadapi cabaran dengan pasangan curang. Pertahankan hubungan yang dibina hingga ke saat ini. Sabarkah aku... Tabahkah aku.... Hahaha... Pergilah derita.. Pergilah sengsara.. Cukup semalam kau membutakanku.. Cukup semalam kau melemahkan aku.

Isnin, 14 Disember 2015

HAMPIR GILA

Hahahaha. Ketawa berirama sendu. Pernah bukan kalian menutup segala kesakitan dengan ketawa. Aku sedang lalui kini. Hahaha..bagaikan hilang seketika sakit itu. Mataku tidak mampu berhenti memandang, telinga tidak mampu berhenti mendengar. Ianya datang lagi. Kenapa semuanya ada dalam diri ni? Pergilah jauh2 rasa sakit itu.. Berhenti ganggu aku. Aku tidak sanggup lalui semua tu lagi.. Tolong.. Berhenti ganggu ketenangan yang baru aku gapai. Cukup kenangan yang buat aku merana tidak bertepi ini. Cukup berfikir aku akan lagi disakiti. Cukup menanti harapan palsu jiwa. Cukup semuanya. Aku tidak sanggup laluinya lagi.. Hadirlah ketenangan.. Hadirlah keindahan.. Bahgia kan kalu semua itu milikku..

DAMAINYA DIRASA

Penatnya hati ini menerjah kesakitan demi kesakitan. Lelah menempa diri lagi. Mengharap pada yang xpasti. Aku menggapai apa yang aku tidak mampu genggam. Damaikanlah hatiku. Jiwa kelam, hatiku menjerit hiba. Aku cuba berubah mengasihani diri sendri tapi mengapa sekian kali aku jatuh jua. Adakah aku tidak bisa bahgia. Hanya sekelip mata ia berubah.. Hanya sekelip mata ia hilang. Apa kesilapanku kali ini? Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk perbaikinya. Ajarkan aku tentang bahgia, ajarkan aku tetap tabah, ajarkan aku untuk berhenti lelah. Keikhlasan bagaimana hendak aku pamerkan? Apa yang aku perlu lakukan.. Ya Allah bantulah daku.. Aku tidak mahu kecundang lagi. Aku perit dimata, perit dihati. Tolonglah daku, tunjukkan cara bagaimana untuk dicintai, disayangi. Meronta2 diriku ingin melepaskan semua derita ini. Bagaimana insan boleh berpura2 tiada apa yang berlaku sedangkan ianya ada? Mana perakhiran episod ceritaku ini? Aku tiada bermaya, aku tiada kekuatan ketika ini. Hadirlah cinta, hadirlah sayang, hadirlah rindu. Aku bukan mengeluh tiada bermakna, aku hanya ingin semua itu. Mahal sangat semua perhatian itu. Dimana silapku? Dimana salah kesabaranku. Pada siapa harus aku letakkan semua ini. Aku penat derita, aku penat menangis hiba, aku penat tanggung segalanya sendiri. Siapa yang sudi berada disisiku ini? Jahatkah aku? Hinakah aku mengejar semuanya? Silapnya dimana? Aku tidak tahu. Jangan biarkan aku berputus asa. Jangan biarkan aku jatuh rebah sendiri lagi. Gapailah tanganku untuk terus bangun. Aku ingin bahgia. Aku hanya menelan kepahitan demi kepahitan. Akhirnya aku yang derita. Aku penat dengan janji palsu manusia. Aku penat dengan lakonan manusia tidak setia. Aku penat dengan ketidakjujuran. Rindu itu kebahgiaan bukan? Sayang itu sangat penuh perhatian bukan? Disini aku bertatih, disini aku menggapai kasih sayang itu. Benar hidup akan hujungnya mati. Namun selagi masih hidup, cara bagaimana untuk bertahan. Arghhh perasaan..benar2 membuat aku penat...

Khamis, 10 Disember 2015

JANGAN PERNAH MENYESAL

Kita tidak akan habis belajar tentang kehidupan ini.. Walau makin di mamah usia.. Ilmu tidak pernah habis. Kerdilnya kita bukan? Semakin banyak kita tambah..ianya tidak akan pernah cukup. Aku bersyukur Ya Allah kerna setiap hari Kau berikan pengalaman yg amat berharga buatku. Mengajar erti kehidupan yg amat indah ini. Dengan belajar mensyukuri nikmatMu...

Rabu, 9 Disember 2015

MELAYU DIDUNIA

Sejarah perlembagaan persekutuan. Tiba-tiba bab sejarah ni diutarakan hari ini. Dalam "Program Dialog Isu Semasa Negara 2015" di dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Bermula dengan permulaan mengenal perlembagaan Perkara 152 - Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.  Isu dibangkitkan lagi dengan perkembangan mengenai perlembagaan yg di gubal oleh undang-undang. Perkara 153 - Hak asasi Orang Melayu. Dihargai, dipelihara.        Pengorbanan Orang Melayu dari awal penubuhan. Berkaitan pemerintahan dibawah jajahan sistem Diraja.

SIAPA KATA AKU SUNYI??

Aku sudah lama begini..senang bersendirian. Lakukan apa sahaja yg aku ingin lakukan. Lama sangat rasanya aku berada dibawah telunjuk manusia. Lebih baik aku berada dibawah pelindungan Allah.. DIA sentiasa ada kita. Walau bagaimana keadaan kita... Allah yg maha  mmerhati, maha mengetahui.. Setiap perkara yg berlaku. Aku tidak putus asa berdoa agar kehidupan aku kian pulih. Banyak sekali dugaan mendatang akhir-akhir ini. Semua tu buat aku berhenti mengeluh sebentar sambil mengucapkan syukur kepada Allah swt. Kerna masih ada lagi yg berat dugaannya dari apa yg aku lalui kini. Aku masih bertatih mengenali penciptaku. Belajar mencintaiNya dengan penuh rasa kasih. Ya Allah permudahkanlah urusanku.. Ampunkan dosa-dosaku selama ini.. Sesungguhnya aku ingin sekali menjadi hambaMu yg benar-benar beriman kepadaMu Ya Rabb.. Ampunkan dosaku jua kerna byk sekali telah menzalimi diriku sendiri. Tabahkan diriku Ya Allah... Berilah hidayahMu..PetunjukMu seperti yg telah Kau berikan kepada hambaMu yg beriman...Amin Ya Rab...

Rabu, 2 Disember 2015

KESABARAN

Berbicara tentang kesabaran.. Aku culas sebenarnya. Kerna janji tinggal janji. Aku berjanji pada diri namun aku sendiri yang khianati. Aku yang menzalimi diri sendiri. Tekad pada diri tinggi. Namun longlai lagi. Aku merenung lagi pada kesabaran diri sendiri.

Khamis, 26 November 2015

Akrab

Besarnya kekuasaan Allah.. Yg tidak putus2 melimpahkan rahmat dan kebesaranNya kepada HambaNya2.. Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa bersyukur dengan nikmatMu..

Hari ni terlewat sedikit. Nyenyak tido tanpa gangguan.. Alhamdulilah.. Dgr tadi ada pesta buku yg akan berlansung di PWTC.. Insyaallah boleh join nanti ni.. Tiba2 dada terasa susah nak menarik nafas pagi ni.. Kenapa yer? Kesan nikotin lebih agaknya dlm badan..

Dah masuk waktu dhuha ni.. Kedengaran doa dhuha dicorong radio Ikim fm...Amin Ya Allah.. Muga kita sama2 mendapat rezeki yg diberkati oleh Allah swt...

Teringat seseorang.... Ermm.. Si  Dia..pemilik kucing 'Mia'.... Terima kasih sbb sudi berbual dan luangkn masa bersama.. Dah lama tak mcm tu.. Kalau la awk tau...saya masih mengharap dapat baiki kembali segalanya..

Rabu, 4 November 2015

MENCARI DUIT POKET LEBIH...

MENCARI DUIT POKET LEBIH... Nak tak income RM900 sehari. FREE REGISTER… Tiada apa2 bayaran di kenakan (kalau anda rasa rasa program ini menipu, anda tak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun??…) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang… Anda perlu open link di bawah dan register. Anda terus dapat USD25 x 3.4=RM85.00… Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini… Paste kat FB, twitter, whatsapp dan sebagainya… Setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 x 3.4=RM34. MUDAH kan… ?? Anda boleh pilih samada nak masuk ke akaun bank atau cek di post ke alamat rumah anda… Ramai yang dah register & PERCUMA. Cuba klik link ini. Tak salah mencuba http://WeeklyFixPay.com/?share=352400

Selasa, 3 November 2015

Catatan Yang Terbaik Buatku

Wajah kegembiraan adalah sinar kebahgiaan milik setiap insan. Segala kedukaan yang terpalit kerna memori silam bagaikan terpadam selamanya. Ingin rasanya tetap waktu dimasa itu. Terpamer senyuman bahgia meniti bibir.  Laksana dunia ini hanya miliknya. Wahai pujangga dunia, bangkitnya diri kerna rasa cinta pada diri telah kembali. Syukur tidak lekang meniti di mulut kini. Pencipta menunjukkan keagungannya. Betapa besar kurniannya membuat kaki bertatih walau lelah bertandang, kian menekan namun tetap bertahan melawan arus gelombang. Ini dinamakan kehidupan. Bagaimana manusia itu bisa ketawa pabila kesedihan? Tika bahgia ia bercucuran air mata. Kuasa Yang Maha Esa bukan? Cuba  selami kisah si kecil yang tidak mengenal   erti kasih sayang.  Apa yang telah dilaluinya? Siapa yang bersamanya? Titik persoalan menerjah pikiran. Persoalannya ringkas sahaja namun mengandungi pelbagai kisah. Mangsa perkotak katik manusia, mangsa belenggu jiwa manusia. Siapa? Si kecil itu yang kini telah dewasa. Sedang menikmati kebahgiaan yang tidak dikenali dulu. Cereka ini sebagai permulaannya sahaja. Menarik minat untuk mengenali siapa si kecil dikalangan manusia pemangsa itu dulu. Kisah begini sepertinya sudah biasa ditonton dan didengar bak drama televisyen. Namun ada sesuatu yang berbeza dari sinopsisnya. Siapa yang bisa mengerti jika sendiri tidak melaluinya. Tentu sahaja sinis bunyinya. Bukan dirinya sahaja yang berduka. Benar itu pasti dihamburkan sesetengah manusia. Selami dan amati bait-bait inci kehidupannya. Pasti banyak pedoman yang akan diperolehi nanti. Ruang dan peluang yang tiba-tiba muncul jarang berlaku. Mungkin ini titik permulaan yang Allah kurniakan. Yakin segalanya adalah perancangan yang terbaik adalah dariNYA. Minat menulis serta berkongsi kisah hidup sudah lama terpendam. Pernah suatu ketika berbalas emel dengan penulis novel "Rose Harissa" pengarang dari Alaf 21 tentang keinginan berkongsi kisah hidup dalam bait-bait novel tulisannya. Nasihat pengarang agar diri sendiri menerokai jalan ceritanya. Katanya cuba realisasikan impian menulis dengan mencabar diri sendiri. Berani bertindak dan teruskan niat. Ketika itu belum mengerti apa yang cuba diterjemahkan. Hampir 10 tahun memendam angan dan biarkan berlalu bersama waktu. Berbekalkan doa serta keinginan yang telah lama terbuku, Allah mengizinkan permulaan ini. Doa agar dipermudahkan segalanya. Kebaikan akan datang jika kita tahu memberi yang terbaik.

Jumaat, 25 September 2015

Mengalami Masalah Pigmentasi??
Kulit kusam?
Jerawat Tumbuh Seperti Cendawan Lepas Hujan?

Saya ada cara Penyelesaiannya..

RAHSIA Kulit Licin Mulus
Bebas Jerawat Tanpa Masalah..

Telah banyak Testimoni yang Berjaya

Pm Segera Untuk Keterangan Lanjut

018-226 3836 - whatsapp

Isnin, 7 September 2015

MAHUKAN cinta Allah

Jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, Allah. 1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat. Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana: "Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat...." 2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar. 3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan! 4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid. 5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat. 6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu. 7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah. 8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah. Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia akan menggapai "jalan cinta". Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta Allah padamu, terbalas. "Sungguh, tidak aneh jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang mencintai hambanya...." Dan.. "Sungguh, tidak aneh jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat mencintai kita, walau betapa hinanya kita?" Ingat.. "Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya. Wallahua'lam.

Isnin, 17 Ogos 2015

Emosi

Apabila kita mengenal permainan emosi. Kita sendiri yang mampu mengawalnya. Kelemahan itu fitrah manusia sejak azali. Namun jgn dipandang kepada kelemahan itu yg bisa membuatkan kita lesu tidak bermaya. Syukur Ya Allah.. NikmatMU yang menggunung tinggi.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Sampai Disini Sahaja

Hatiku berkecai.. Hatiku teramat terluka.. Akhirnya aku melangkah pergi.. Hari ini 16.08.2015.. Move on yg aku katakn pada orang lain akhirnya terjadi pada diriku. Aku tak sanggup lagi menahan kesakitan.. Memendam rasa.. Muga ini yang terbaik buat aku dan dia. Cara untuk mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik. Maafkan aku sahabat kerna tidak dapat menjaga persahabatan kita ini. Ya Allah.. Lindungi hambaMU yg lemah ini.. Muga dipermudahkan segala urusanku.. Ya Allah yang maha pemurah, pagi maha penyayang... Berilah hambaMU ini petunjuk jalan ke arah kebaikan... Permudahkanlah Ya Allah...

Ahad, 9 Ogos 2015

Dugaan Dunia

Sedih memang sedih bila kita melalui sesuatu perkara yang tidak diduga. Namun aku yakin.. Bahawa Allah maha mengetahui segalanya.. Aku menanti jalan penghujung hidupku. Andai aku manusia yg mbinasakan manusia, maka aku tidak layak bersama mereka yg akan menimbulkan dosa pd mereka.  Jika aku bisa hadir untuk membahgiakan mereka,maka hadirkan daku sebagai penyambung kasih mereka. Hatiku menangis,jiwaku merintih. Namun syukur alhamdulilah.. Allah maha pemurah lagi maha penyayang..

Selasa, 4 Ogos 2015

Hari Ulangtahun Bff

Muga persahabatan kita kekal selamanya walau pelbagai onak dan duri ditempuhi.. Tima kasih sebab banyak bersabar kerenah kawan ko ni.. Sayang ko dunia n akhirat..

Ahad, 26 Julai 2015

Cuti Panjang Hari Raya Puasa

Kembali semula kehidupan seperti biasa  selepas dua minggu bersama adik tercinta. Syahdu jugak rasa hati ni. Setelah beberapa tahun tidak beraya bersama. Terima kasih along.. Jumpa lagi nanti. Mesti "kakak" akan merinduimu. Jaga diri baik-baik. Jangan dilupa orang disini.

Selasa, 21 Julai 2015

Syukur Atas Nikmat Allah

Hidayah itu dtg dari pelbagai sudut dan macam2 cara. Rasa rindu,rasa nikmat dengan segala yg Allah berikan. Alhamdulilah.. Ya Allah yg maha pemurah,maha penyayang..

Ahad, 19 Julai 2015

Salam lebaran tahun 2015

Tahun ni beraya dikampung... Syukur alhamdulilah... rasa happy ssgt.. Biarpun sederhana namun kemeriahan amat dirasai.. Terima kasih kak teh dan semua yang banyak membantu. Muga Allah membalas jasa baik korg semua... amin ya Allah..

Rabu, 15 Julai 2015

PULANG KE KAMPUNG

Esok last puasa...agaknya dpt tak aku pulang ke kampung beraya tahun ni.. masih sendiri untuk tahun ketiga selepas bergelar isteri. Sekejap je masa berlalu.. Esok pagi 'dia' nk jumpa sekejap sebelum aku pulang ke kampung. Jumpa jela.. mungkin ada hal yg nak diberitahu agaknya.

Tadi macam semangat nak buat cookies. Habiskan apa yang patut sebelum pulang. Tapi tau jela kalau dah pegang phone ni. Tangan memasing laju je menaip. Sahabat aku sorang merangkap housemate pun laju bermesej. Adik aku tengah tengok tv kot.  huhu... Tau jela malam2 sebelum raya ni hebat2 cerita kat astro ni.

Syukur alhamdulilah.. siap 3 jenis kuih.. Semperit, Cornflakes madu dan Red Velvet cookies. Macam tak percaya lak kan.. tapi adik aku sebenarnya yg banyak membantu.

Minggu ni tak berapa best story..

RED VELVET


RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit

MENJELANG TIBA

KEGAGALAN

kehidupan yg tidak putus selagi nyawa dikandung badan.. meniti lebaran yg tidak lama lagi menjelang tiba.. Gembirakah aku melalui ramadhan sepanjang tahun ini? entah aku tidak pasti. Positif seringkali hilang dek kerna EGO dalam diri yg masih ada dlm diri. Aku kejar bhgia dunia semata2.. bhgia akhirat aku lalai... sekejap insaf..sekejap jahil kembali.. Inikah yg aku cari wahai hati??

Selasa, 7 Julai 2015

JENDELA KACA

Tarikh : 7 Februari 2015 Masa : 12.33 tengah malam


     Mengintai tirai kaca yang sering dilalui…”JENDELA KACA”. Apa yang terfikir dibenak kita dengan perkataan itu? Aku juga tertanya. Tapi sedarkah kita, bahawa pelbagai cerita disebalik jendela kaca itu. Pada mulanya aku ingin menyambung perihal kaca ini kemudian. Tetapi aku cuba berubah dari ‘sikap “TANGGUH”. Seharusnya aku patut menghabiskan apa yang telah aku mulakan. Kembali kepada topic pertama aku tadi. Aku sepertinya mahu membawa kalian bersama mengupas apa yang dimaksudkan dengan ‘jendela kaca’ dari sudut pandangan masing-masing. ‘First thinking’ aku merujuk kepada asas pelakunya seperti bagaimana ianya terjadi. Kalau pada kereta ianya pastilah banyak gunanya seperti kepentingan keselamatan penumpang dari penjenayah (cth: kecurian), unsur alam (cth: hujan, habuk) dan sebagainya.

    Aku ingin membawa sahabat pada pandangan luar ‘jendela kaca’ pula. Jika didalamnya pelbagai ragam, tidak kurang luarnya yang lebih menyerlah antaranya masa keadaan berlaku (cth: pagi dengan sesak ke office), dimana lokasi pandangan ketika itu (cth: hentian bas, jalan yang sesak, signboard penunjuk arah) serta lain-lain keadaan yang aku belum habis berfikir. Disitu aku mengenali ragam pemandu, ragam penunggang, ragam pejalan kaki dan macam-macam lagi. Semua ini pasti kalian terfikir, apa yang ingin aku sampaikan bukan?. Maaf berleter panjang ala-ala pakar falsafah kuno (ada hati tu..huhu). Bukan sekadar kata-kata kosong sahabat, aku cuba mengupas apa yang aku sedang fikirkan mengenai “KEHIDUPAN DUNIA” dari sudut yang terpencil. Tidak riak untuk menuturkan apa terlintas difikiran aku. Cuma niat mahu berkongsi rasa.

   Menjangkau usia lewat 20an suku tahun ini, sepertinya boleh dibukukan novella perjalanan hidupku. Sebagai isi bacaan sahabat sekalian untuk pedoman dan perkongsian pengalaman hidupku. Bermula seingat aku usia lewat 3 tahun ketika itu, sepertinya baru bermula perjalanan hidup aku. Ketika itu aku berjalan-jalan seorang diri di lorong rumah ‘mak’ (kakak tiri mamaku), sambil menguis-nguis tanah sebagai permainan aku hari itu. Sosok seorang lelaki remaja (anggaran usia 17 tahun mungkin…) menghampiri aku. Si kecil yang tidak mengerti dan mempunyai sikap pemalu (keterlaluan) hanya lurus mengikut jejak arahannya. Membawa ke sebuah rumah milik keluarganya yang ketika itu tiada ahli yang lain. Aku dipaksa melakukan perkara yang tidak ‘bermoral’. Setelah nafsu dilepaskan, aku diingatkan agar jangan membuka mulut. Kejadian tersebut seingat aku, 2 kali berlaku sebelum aku berpindah ke Bandar mengikut mama tinggal di rumah keluarga abangnya. Aku memasuki pra-tadika (usia 5 tahun) di Tadika Kemas perumahan tersebut. Ada keseronokan yang masih diingati ketika itu. Seperti ‘anak emas’ aku dilayan. Mana tidaknya aku seorang sahaja anak kecil dalam rumah tersebut. Keluarga sederhana besar Pak Long (daddy) bersama mak long (mummy) dengan 5 orang anak bujangnya. Mama ketika itu salah seorang staff kerajaan di Pusat Bandar berkenaan. Fasa kedua aku dijadikan tempat penganiayaan manusia. Sebelum aku menyambung pra-persekolahan dihadapan pejabat mama dimana Tadika bercirikan islam, sebab apa aku kata begitu?. Ya la aku kena pakai tudung, diajar mengaji dan lain-lain yang aku ingat lupa. Yang aku ingat budak lelaki sebayaku menarik tudungku dari belakang (kelakar jugak..hehe). Sekurangnya itukan pengalaman manis juga buat aku.

    Peristiwa selepas aku ditemukan dengan seorang lelaki asing (usia awal 40an) sebagai kwan lelaki mama. Semuanya berlaku agak pantas ketika itu. Asalnya lelaki itu pemandu bas awam (pengangkutan harian mama), kemudian jadi pemandu lori sebuah kilang milik ‘tokey cina’. Mama bertunang dikampung rumah arwah ‘To’ki’ berhampiran rumah tempat aku dibearkan sebelum berpindah ke Bandar. Aku seperti biasa, hanya membatukan diri tanpa perasaan apa-apa, masih tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Peristiwa berkenaan terjadi ketika aku pulang dari Tadika Kemas. Kebetulan tiada sesiapa dirumah, seperti biasa aku memanjat jendela tingkap ditepi rumah untuk masuk ke dalam. Mereka yang lain pulang ke kampong menghadiri ‘zeroh’ (kenduri). Setelah melakukan apa yang patut dibuat aku berehat-rehat menunggu lewat petang sebelum kepulangan mama. Namun peribahasa: “aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari…”. Tiba-tiba ‘tunang’ mama datang bertanyakan mereka yang lain. Seingat aku ketika itu, menginjak pukul 3.00 petang. Mungkin tanpa aku sedari, dia telah lama memerhatikan ‘mangsa’nya. Memperdayakan aku dengan meminta segelas air, rupanya alasan tipu dayanya untuk melempiaskan nafsu serakah syaitan bertopengkan manusianya.

     Hampir 10 tahun aku membiarkan diriku terkurung mengikut telunjuk ‘ayah angkat’ (manusia bertopengkan syaitan itu). Aku dipaksa menemaninya bekerja sebagai pemandu bas awam. Selepas bernikah dengan mama, ‘ayah angkat’ membawa bas awam ‘Park May’ pula. Menyingkap fasa ketiga dan keempat penyeksaan dalam hidupku, aku dinoda tanpa mampu bersuara oleh lelaki ‘tua’ kenalan ‘ayah angkat’ ketika dibengkel bas tersebut. Lelaki tua (anggaran usia lewat 50an)mengambil kesempatan ketika aku sedang tidur dibangku belakang bas tersebut. Perbuatannya tidak disedari oleh sesiapa pun kecuali Allah. Aku tidak mampu bersuara. Hanya kebuntuan kerna masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Kejadian keempat juga kenalan ‘ayah angkat’, juga pemandu bas. Menawarkan kebaikan dengan ‘niat jahat’. Sama pelaku binatangnya dengan manusai-manusia diatas. Peristiwa kelima setelah kami berpindah ke perkampungan tetap kami. Dipendekkan cerita, ketika itu, aku berjalan kaki baru pulang mengaji. Jarak dari rumah kira-kira 5km menyusuri semak-semak tinggi, haiwan liar dan pelbagai lagi. Tetapi kali ini, aku berdepan dengan seorang ‘IMAM’ kampong. Jahilnya aku ketika itu kerana peristiwa tersebut aku tidak percaya lagi pada golongan yang berpendidikan agama seperti peribahasa: ‘kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga’. Teringat aku dengan alasan kejinya “Semua budak perempuan kena buat macam ni. Anak pakcik orang lain pula kena buat.” Lihat bagaimana dia membuat hukum agamanya sendiri. Bermula fasa pembelaan buat diri aku ketika mana tidak mampu lagi menahan tangisan demi tangisan. Penderitaan demi penderitaan yang berlarutan.

     Hanya kepada Allah tempat aku mengadu ketika itu. Memohon memberi aku jalan keluar setelah aku ketahui segalanya itu adalah suatu kezaliman. Zaman kecilku yang dikongkong dan disekat berkawan dengan kanak-kanak jiran, disebat, disakiti dan di’hamba-abdi’kan sesuka hati mereka. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segalanya. Syukur Allah memberi aku sinar kehidupan. ‘Ayah angkat’ aku dijatuhkan hukuman 13 tahun 10 sebatan. Tanggal 23 Mac 2015 ini nanti adalah hari pembebasannya. Aku memohon padamu Ya Allah, lenyapkanlah dendam dan kemarahan dalam hati ‘ayah angkat’ku itu, sesungguhnya aku sudah lama memaafkan segala kesalahannya sejak hari dia dijatuhkan hukuman lagi. Aku bermohon padaMU, Ya Allah agar ‘ayah angkat’ku itu tidak mencederakan mama dan adik-adikku serta orang lain. Muga dia bertaubat dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya. Amin Ya Allah.. Ku menaipkan bait-bait puisi pengharapan buat tatapan kalian yang disayangi… Meniti subuh hari…aku undurkan diri dahulu.

Next entri kita berjumpa lagi.

  *RINDU PADA CINTA BARU ITU……..

Isnin, 30 Mac 2015

Mahalnya membeli perhatian...

Berapa harga yang aku perlu bayar untuk membeli perhatian orang.. Ketawaku sinis.. Gembiraku palsu.. Aku menipu diri sendiri.. Demi utk menarik perhatian.. Benar aku mengaku aku terlalu terdesak kepada sebuah perhatian... Aku ingin disayangi,dicintai...dimanjai... Seperti mereka yg lain. Tapi kenapa sejak dulu lagi segalanya seakan berlarian menjauhi aku. Aku menaruhkan harta benda..hati dan juga perasaan.. Diperbodohkan,dibuta tulikan demi mendapatkan perhatian manusia. Tapi sampai bila??... Adakah aku tidak layak utk segalanya itu.. Kenapa derita demi derita yg aku perlu tanggung demi menaruhkan sebuah perhatian.. Sayangilah aku... Rinduilah aku.. Tidak layak aku untuk seorang manusia?

Sabtu, 21 Mac 2015

Hati yang menangis..

Aku tau aku bukan manusia baik lagi sempurna. Cuma ikhlasnya aku cuba lakukan yg terbaik. Tpi bila mana diri tidak dihargai...bukan sekali.. Tetapi beberapakali..aku menangis jua. Aku xde harta nak balas segala kebaik annya. Hayalh sekadar budidan bantuan yang termampu. Aku sedar kau lgi banyak jasanya...sabarnya. Nmun rasanya tak tahan lagi tuk terus begini.. Menjadi mangsa pd budi manusia. Agaknya itu yg dirasai oleh dia sekarang. Berapa bnyk budi dia.. Ikhlasnya dia.. Tp kami tidak hargai dulu. Aku tau semuanya berputar kembali... Aku rasa kosong...sepi.. Cemburu yg tdk berniat jahat..cemburu kerna aku tidak.mampu rasai semua itu.. Nikmat bhgia... Nikmat disayngi... Nikmat dicintai... Perjalanan hidup aku hanya ditemani liku2 kedukaan... Kini...dtg lagi.... Redha.. Ketentuan ilahi kerana kesilapan sendiri.. Ya allah... Ampunkn dosa2 hambaMu ini... 0

Selasa, 17 Februari 2015

Serius Dia……


 

 

 

Esok masih ada… seperti dekat terasa apa yang dirasainya. Namun kian redha tatkala sahabat tersayang bersuara hasrat dijiwa. Menyimpan sesuatu kerna persis putera yang telah berlalu. Kecewa hati ini sebenarnya apabila terasa benar firasat dijiwa tentang kesilapan berharap pada bukan milikku. Hampir saja aku menerbitkan rasa dijiwa ini tentang makna sebuah perasaan hati.

Pertama kali  hati ini terbuka rindu yang mendalam pada lelaki. Setelah sekian lama tiada kekuatan dan keberanian pada lawan jantinaku, aku kini  kian berasa selamat disampingnya. Hahahaha…gelap terasa dunia ini..malu mahu menutup mukaku. Aku tau kesilapan kerna menolak arus laju kejayaan. Tapi keyakinan dan kesediaan yang penuh pada diri untuk bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Aku mahu berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kecil bakal pemaju Negara menongkah arus yang lebih mencabar. Aku tidak mahu lagi barkata janji kepada yang tidak pasti. Berkat keyakinan dan azam yang penuh dalam diri mahu melangkah kearah kejayaan..InsyaAllah akan dipermudahkan. Bantuan dan sokongan tidak sombong aku ingin perkatakan bahawa semuanya adalah penaik semangat untuk aku nekadkan diri pada sebuah mercu kejayaan. Leka pada duniawi..leka pada anganan mat jenin yang tidak bergerak selama ini benar-benar membuang masaku dengan sia-sia. SubhanaAllah..maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi. Disini aku belajar tentang kehidupan, tentang pengalaman pahit getir, manis dan pahit rencah kehidupan yang akan aku lalui selepas ini tanpa henti.

                PERUBAHAN……aku perlu merencana dan menyusun kekuatan untuk mencapai apa yang diri aku mahukan selama ini. Alhamdulilah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mengapa masih ingin aku berpaling kepada kedukaan lagi. Jalannya telah ditunjukkan, langkahnya telah dipermudahkan…apa perlu aku menunding jari menyalahkan nasib buruk yang menimpa diri. Allah maha besar.. sesungguhnya inilah yang dikatakan pengalaman mengajar manusia kepada langkah kejayaan. Padamkan kemarahan, buangkan keresahan, singkirkan buruk sangka, damaikan hati pada yang maha Esa.

                Tidak ada impian yang akan dapat dicapai sekiranya hanya merangka tanpa bergerak. Bertatih ditempat yang sama adakah boleh Berjaya??. Terima kasih kepada insan “itu” yang banyak membantu. Kupejamkan sebentar mata luarku..ku damaikan hati dengan kesyukuran. JANJI ALLAH ITU PASTI…janji manusia sering dimungkiri. Janji mana yang aku sepatutnya kejar selama ini. Inilah dia jalannya, inilah dia kenyataan yang aku harus terima. Jangan jatuh lagi mawarku…kau harus maju setapak demi setapak. Bergerak dengan sedikit pantas,tanpa rasa duri dunia masih bersisa. Tiada kebahgiaan, tiada kejayaan yang aku perolehi dengan berfikir derita, menangisi kehilangan. Bangkit dan teruskan hidup, baiki apa yang tertinggal, motivasi diri sendiri tanpa perlu diketuk untuk bangun. Lakukan apa yang orang suka/harapkan dan hindarkan diri dari berkata buruk. Fikir yang baik-baik sahaja, belajar apa yang sepatutnya. Ya Allah manisnya kemanisan imanmu apabila diperdengarkan kelebihan mengejar cinta kepadaMU. Terima kasih Ya Allah, kerana menunjukkan aku pada kebenaran. Inilah dia keikhlasan yang selama ini aku tertanya-tanya bagaimana Ingin berasa ikhlas apabila menghulur, berasa ikhlas bila bertutur, berasa ikhlas bila mendengar hidayahMU.

                Permudahkan urusan-urusan kami Ya Allah..ikhlas yang sebenarnya adalah pengertian tentang sabar dan redha apabila diberi ujian. Setiap perkara sebesar zarah pun ia bermakna. Ampunkan aku Ya Allah kerana banyak membazirkan hidupku dengan sia-sia. Tabahkanlah hatiku, lapangkan dadaku menerima hidayahMU Ya Allah. Jauhkanlah kami semua hambaMu yang disayangi dari kejahatan dan hasutan syaiton. Didiklah hati kami agar bersangka baik pada ujian-ujianMu. Kuatkanlah iman kami Ya Allah sepertimana hamba-hamba yang diseksa pada zaman nabi Muhammad s.a.w.

 

 

PERISTIWA SEMALAM DAN SEBELUMNYA BAGAIKAN MIMPI, AKU SEPERTI DIAWANGAN-AWANGAN, ANTARA BENARKAH KAKIKU MENJEJAKI BUMI. INILAH KEAJAIBAN ALAM…. BENARLAH APA DIKATA “TIADA KEJAYAAN TANPA DIBELAKANGNYA KEBERANIAN……………………………………perkenanlah Ya Allah…amin….

 

 

 

….sabar dan ikhlas….niat yang baik Allah telah janjikan ganjarannya… muga mengerti apa yang dikata….duhai yang bernyawa………………………………………………,,_

 

Selasa, 3 Februari 2015

Minum petang dengan menikmati laksa,mee kari ngn air batu campur....sambil disuapkan dgn kuih tepung pelita ngn budak kecik ni..huhuhu.. Jap lagi otway hantar budak kecik ni..mesti rindu dgn keletah dia..hehehe....

Isnin, 2 Februari 2015

kembali ke kl

selamat pulang....alhamdulilah...lega agaknya. Xsbr nak.menaip mcm2 catatan... Nti dulu la..hehe...settlekn dulu pe yg ptt.... Nti kita sambung lagi k....

Sabtu, 31 Januari 2015

Imbau kenangan lama

Pekena char kuew tiow +limau ais kt Muzar Cafe jap tengah2 mlm ni.. Bertemankan budak tinggi lampai ngn bf 34thn dia.. Tapi angin semput-semput ni berhampiran benteng betul2 buat aku kaku kesejukan... Td da panaskn badan pun tak boleh bertahan..huhuhu... Jom makan....

kampung lamaku

Hari ni last untuk Januari tahun 2015.. Keinginan aku terlalu tinggi nak mengejar satu kepastian. Rupanya aku terlalu laju. Mengejar sesuatu yang tak pasti. MALU aku sendiri. Mcm nak tutup muka dengan topeng rasanya.. Mungkin belum cukup layak untuk 'si dia'...... Now sambung drift ke kg... Kg lamaku...mu tunggu daku...ceewahhhh

Isnin, 26 Januari 2015

PERMULAAN

Wow....mcm tak percaya aku berjaya buat blog sendiri...alhamdulilah.. Mana tau leh jadi tempat aku nak pot..pet kt sini kan... Pe2 pun salam kenalan kpd warga2 blog smua... Org baru la katakan... Jom kongsi pengalaman mmsg2....hehe...tq gak kpd pendorong n pembantu...huhu