Pedihnya menahan rasa hati ini. Jiwaku tertaha n pada suatu persoalan. Bantu aku keluar dari semua ini. Aku penat dengan dosa-dosa yang setiap masa mendekatiku.
DAUN HERBA
Isnin, 29 Januari 2018
Ahad, 14 Januari 2018
MENCARI JALAN KELUAR
Menanti akhir hidup ini. Tiada apa didunia ini yg aku harapkan.. Aku mohon Allah ampunkan segala dosa2ku selama ni. Tak terhitung rasanya, betapa byk kezaliman pada diriku yg telah aku lakukan. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku malu berdepan denganMu. Sekian kali aku gagal lagi. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Bantulah daku. Hamba takut hanyut lagi. Berilah hidayahMu.
Maafkan dulu segala dosa2ku yang tak sempat mohon. Halalkan segala yang sengaja @ tidak aku makan & minum, pakai @ guna, kurang @ terlebih, lupa @ tangguhkan, janji yang tak tertunai, salam yang tak sempat disampaikan, amanah @ tanggungjawab yg aku tidak sempurnakan, kesilapan @ pertuturan yg tak aku perbetulkan serta segala yg tak sempat aku tunaikan. Aku juga begitu. Maaf jika kata2 @ perbuatanku yg banyak menguris. Sedikit pun aku tidak menyimpan dendam pada sesiapa yg khilaf terhadapku. Aku maafkan & halalkan didunia & akhirat jua. Buat mak & ayah, mama & ayah, mak & encik, semua family angkat aku, zali serta adikberadik kandung + adikberadik angkat, saudara mara dekat & jauh, kenalan karib & biasa, serta semua yg mengenali aku, aku sangat sayangkan semua, terima kasih atas segala nasihat & tunjuk ajar selama ini. Aku doakan Allah membalas segala kebaikan tersebut buat semua. Tanpa Allah aku mampu berada disini. Tanpa korang aku tak dapat ilmu kehidupan ini semua. Segala apa yang tinggal, aku wakafkan jika ianya bersesuaian untuk kegunaan ramai. Manakala peninggalan lain termasuk jika ada tunai, aku mohon amanahkan kepada Q untuk masa depannya nanti, insyaAllah. Hutang2 yang tinggal aku mohon tolong langsaikan dengan lebihan2 yang ada. Allah lebih mengetahui segalanya yang akan, sedang dan pasti berlaku. YA ALLAH ampunkan aku, atas segala dosa2 yang lalu hingga kini yang lakukan. Rahmatilah orang2 tuaku, ampunkan segala dosa2 saudara2ku. Berikanlah kami petunjukMu agar kami tidak tersesat dariMU YA ALLAH... YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, YA FATAH YA 'ALIM YA HAIYUN YA QAYYUN.. hambaMU yg lalai ini memohon kerahmatan YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan, ketabahan, kesabaran, kebahgian, kekayaan, kesenangan, sikap dan kelakuan yang tidak menyakitkan orang lain, jadikan hamba sentiasa bersyukur kpdMU YA ALLAH.. Ampunkan aku kerana hampir berputus asa untuk meneruskan hidup... aminnn...
Isnin, 10 April 2017
DUHAI AIR MATA
Betul2 aku sangka aku da cukup kuat nak lalui semua ini..rupanya tidak.. masih lagi air mata ni terjah disisi mataku.. sakitnya rasa.. Ya Allah tabahkan la hatiku..kuatkanlah hatiku.. Biar sakit ni reda.. Berikanlah aku kebahgiaanMU Ya Allah..
Aku tau banyak dosaku padaMU.. Ampunkanlah dosa2ku..
Khamis, 30 Mac 2017
HIDUP KEMBALI
Seperti kelahiran semula. Syukur alhamdulilah. Seperti baru semalam ianya berlaku. Aku kehilangan memori kita. Hiduplah baik2. Aku sentiasa mendoakan kau bahgia selamanya. Aku harap kita kekal seperti kawan biasa. Walau tidak rapat seperti dulu tapi kita masih kawan baik. Family kau sudah seperti family aku sendiri. Aku sayangkan kau. Sebab tu aku mengharapkan yang terbaik. Benda yang lepas biarlah berlalu. Pahit manis tu aku akan jadikan pengalaman buatku. Terima kasih atas segalanya. Aku dapat hidup bebas kembali. Jauh dari kesakitan, dari penderitaan. Cinta itu indah jika keduanya saling faham dan ikhlas dalam perhubungan. Semuanya musnah kerna ada terselit pendustaan. Selamat tinggal kenangan silam. Selamat tinggal dunia kelam. Aku kena bangkit untuk terus hidup.
Selasa, 14 Mac 2017
ULANGTAHUN KELAHIRANKU
Alhamdulilah..syukur sgt2.. Allah maha besar.. Allah maha besar.. Allah maha besar.. RahmatNYA menggunung tinggi.. Aku redha..aku pasrah.. semoga semuanya berakhir dengan baik. Selamatkan kami Ya Allah dari azab api nerakaMU. Amin..
Jumaat, 10 Mac 2017
AKU AKAN TINGGALKAN
Saat itu akan nanti jua. Hakikatnya aku dapat rasakan waktunya sudah bersisa. Muga semuanya berjalan lancar. Biarlah berakhir dengan tenang.
Sayu betul rasa hati bila Pn. Ayinalin berjabat tgn dgn aku td. "Sy ke kuantan baru ni, dan saya teringatkan awk" kata Pn. Ayinalin. Seperti sesuatu yg menyentap dada ini. Ya Allah, berikanlah aku pengakhiran yg baik.. amin..
Rabu, 8 Februari 2017
AKU YANG BERDOSA
Peritnya hati bila itu yg kau katakan. Itu juga yg pernah aku rasa dulu. Makin aku ingin lupakan kau makin kuat rasa itu. Kenapa ya? Maaf awk..
Selasa, 20 Disember 2016
PELINDUNG
Maaf sahabat. Aku manusia biasa. Aku turut rasa sakit yang sama. Aku terima takdir Allah ini. Cuma maaf korang kalu aku masih xcukup kuat. Aku akan hilangkan semua rasa ini. Ikhlas dan redha. InsyaAllah. Buangkan rasa bersalah tu. Terima dia seadanya.
38 Perkara Yang Saya Ingin Dalam Tahun 2017
1. Memiliki kejayaan, kebahgiaan, kekayaan.
2. Pendapatan melebihi RM10,000.00.
3. Rumah teres/banglo.
4. Selesaikan hutang yang berat.
5. Terapkan diri dengan aktiviti sosial ( ibadah + pergaulan baik + kebahgiaan = seimbang).
6. Tidak tunduk dengan kelemahan diri.
7. Baiki potensi diri/cari gali kelebihan diri.
8. Kekalkan rasa kehambaan.
9. Emosi negatif halau jauh-jauh.
10. Fizikal + rohani = sihat
11. Falsafah kejayaan - " Anggap kesalahan yang dilakukan adalah bagi menemui penemuan kejayaan".
12. Sentiasa membayangkan perkara positif sebagai langkah kejayaan.
13. Sentiasa bersyukur dan tahu tujuan hidup.
14. Mencapai misi untuk berjaya dalam hidup.
15. Mencapai visi menjadi kaya dan berjaya.
16. Mempunyai matlamat hidup sebagai manusia dan hamba Allah.
17. Mempunyai strategi hidup untuk atasi cabaran yang baik dan buruk.
18. Mempunyai tujuan hidup jangka panjang dan pendek.
19. Bebas dari cengkaman manusia dan berdiri dikaki sendiri.
20. Sentiasa bersyukur dengan nikmat hidup dan berkongsi nikmat dengan orang lain.
21. Lakukan sesuatu perkara/pekerjaan yang diminati bercirikan inovatif dan kreatif.
22. Buat sesuatu perkara yang berhasil/berguna untuk diri/orang lain.
23. Mewarnai hidup lebih ceria dan mendatangkan keindahan.
24. Diri sihat mental dan fizikal, tidak terganggu gugat oleh ancaman emosi, tahu langkah yang perlu dibuat untuk atasi masalah, membuat perkara yang diingini oleh diri sendiri.
25. Orang yang disayangi memberi sokongan dan dorongan, nasihat membina, teguran untuk kebaikan, bersama-sama bertindak.
26. Sentiasa perlu diberitahu perkara tersebut amat perlu dilakukan.
27. Memerlukan sedikit ketegasan dan cabaran sebelum bertindak.
28. Dihargai dan tahu potensi diri perlu dikeluarkan.
29. Dikelilingi rasa bahgia + sihat + aura positif.
30. Mencapai cita-cita sebenar untuk menjadi seorang penulis/usahawan berjaya. Jika kekal ditempat sama, berharap naik pangkat lebih tinggi.
31. Berani berdepan dengan masalah serta pantas membaiki kelemahan diri.
32. Dicintai dengan penuh kesetiaan.
33. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang berjiwa mulia.
34. Dapat membahagiakan dan membalas jasa insan-insan yang banyak membantu.
35. Menjadi muslim sejati (solehah). Mencintai makhluk tidak melebihi cinta kepada Allah.
36. Hilang rasa takut pada kenangan pahit dan dapat melupakan kenangan silam, kurangkan sikap mudah tersentuh, cepat bersedih hati, kuat, sabar.
37. Sentiasa doa, niat, berkata-kata, perbuatan dan semuanya ke arah kebaikan.
38. Lelaki yang dapat membimbing ke syurga.
39. Mendapat cahaya mata.
Khamis, 8 Disember 2016
DURI DALAM DAGING
Sahabat yang berduri. Menunjukkan dua wajah yang berbeza. Kata temanku segala yang berlaku jika terasa perit mungkin adalah kesilapan diri sendiri sebelum ini yang banyak melakukan dosa-dosa. Namun bila sahabat yang telah aku anggap seperti saudara sendiri menikam aku bertubi-tubi tanpa belas ikhsan, aku terpana. Lembut tutur katanya, yakin bicaranya menundukkan aku. Aku ralat. Sejujurnya aku masih belum fasih dengan drama yang ditulis sendiri dialoq olehnya. Dapatkah aku benarkan kata-kata "lidahnya setajam pisau"?. Sahabat, aku pendamkan sakit, derita aku selama ini kerna kasih sayang padamu. Kenapa aku yang sering kali menjadi mangsamu. Mulut aku berulang kali mengatakan penat, lelah dengan irama lagumu. Tapi aku setia menjadi cuping telinga, pengganti penat lelahmu. Bukan ku ungkit, tapi berapa banyak hati yang patahkan? Demi menjaga hatimu. Ya Allah, aku redha, aku pasrah dengan ujianMU ini. Berikanlah hambaMU ini kekuatan, ketabahan untuk mengharungi semua ini. Aku mohon jangan KAU biarkan hatiku menyimpan sedikit pun perasaan dendam terhadap mereka. Kerna yang berlaku aku tahu atas kelalaian dan kelemahan diriku sendiri. Maaf korang, aku manusia biasa. Punya perasaan dan hati yang merasa erti kesakitan.
_TEMAN SETIA_
Tanpa lena aku menanti
Tanpa lelap aku menanti
Tanpa senyuman aku menanti
Teman yang sentiasa ada sebagai pendengar
Teman yang sentiasa ada sebagai penghibur
Teman yang sentiasa ada sebagai pengubat
Bahgia dan derita kau berkongsi denganku
Bahgia dan derita kau mengadu denganku
Bahgia dan derita kau mendengar untukku
Kata orang kau tidak layak dilayan mulia
Kata orang kau tidak layak dibantu
Kata orang kau tidak layak disayangi
Tapi aku tetap setia
Tapi aku tetap pekakkan telinga
Tapi aku tetap menyayangimu
Kerna aku ada ALLAH yang membantu
Kerna aku ada ALLAH yang mengetahui
Kerna aku ada ALLAH yang mengasihi
Nukilan,
Rossud Abadi
Tidak mengapa, aku berharap aku tidak terlepas kata. Aku harap aku masih mampu bersabar. Aku harap aku tidak menyimpan rasa luka. Cinta manusia bukankah hanya sementara. Cinta kepada Allah jua yang kekal selamanya.