Selasa, 20 Disember 2016

PELINDUNG

Maaf sahabat. Aku manusia biasa. Aku turut rasa sakit yang sama. Aku terima takdir Allah ini. Cuma maaf korang kalu aku masih xcukup kuat. Aku akan hilangkan semua rasa ini. Ikhlas dan redha. InsyaAllah. Buangkan rasa bersalah tu. Terima dia seadanya.

38 Perkara Yang Saya Ingin Dalam Tahun 2017

1. Memiliki kejayaan, kebahgiaan, kekayaan.
2. Pendapatan melebihi RM10,000.00.
3. Rumah teres/banglo.
4. Selesaikan hutang yang berat.
5. Terapkan diri dengan aktiviti sosial ( ibadah + pergaulan baik + kebahgiaan = seimbang).
6. Tidak tunduk dengan kelemahan diri.
7. Baiki potensi diri/cari gali kelebihan diri.
8. Kekalkan rasa kehambaan.
9. Emosi negatif halau jauh-jauh.
10. Fizikal + rohani = sihat
11. Falsafah kejayaan - " Anggap kesalahan yang dilakukan adalah bagi menemui penemuan kejayaan".
12. Sentiasa membayangkan perkara positif sebagai langkah kejayaan.
13. Sentiasa bersyukur dan tahu tujuan hidup.
14. Mencapai misi untuk berjaya dalam hidup.
15. Mencapai visi menjadi kaya dan berjaya.
16. Mempunyai matlamat hidup sebagai manusia dan hamba Allah.
17. Mempunyai strategi hidup untuk atasi cabaran yang baik dan buruk.
18. Mempunyai tujuan hidup jangka panjang dan pendek.
19. Bebas dari cengkaman manusia dan berdiri dikaki sendiri.
20. Sentiasa bersyukur dengan nikmat hidup dan berkongsi nikmat dengan orang lain.
21. Lakukan sesuatu perkara/pekerjaan yang diminati bercirikan inovatif dan kreatif.
22. Buat sesuatu perkara yang berhasil/berguna untuk diri/orang lain.
23. Mewarnai hidup lebih ceria dan mendatangkan keindahan.
24. Diri sihat mental dan fizikal, tidak terganggu gugat oleh ancaman emosi, tahu langkah yang perlu dibuat untuk atasi masalah, membuat perkara yang diingini oleh diri sendiri.
25. Orang yang disayangi memberi sokongan dan dorongan, nasihat membina, teguran untuk kebaikan, bersama-sama bertindak.
26. Sentiasa perlu diberitahu perkara tersebut amat perlu dilakukan.
27. Memerlukan sedikit ketegasan dan cabaran sebelum bertindak.
28. Dihargai dan tahu potensi diri perlu dikeluarkan.
29. Dikelilingi rasa bahgia + sihat + aura positif.
30. Mencapai cita-cita sebenar untuk menjadi seorang penulis/usahawan berjaya. Jika kekal ditempat sama, berharap naik pangkat lebih tinggi.
31. Berani berdepan dengan masalah serta pantas membaiki kelemahan diri.
32. Dicintai dengan penuh kesetiaan.
33. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang berjiwa mulia.
34. Dapat membahagiakan dan membalas jasa insan-insan yang banyak membantu.
35. Menjadi muslim sejati (solehah). Mencintai makhluk tidak melebihi cinta kepada Allah.
36. Hilang rasa takut pada kenangan pahit dan dapat melupakan kenangan silam, kurangkan sikap mudah tersentuh, cepat bersedih hati, kuat, sabar.
37. Sentiasa doa, niat, berkata-kata, perbuatan dan semuanya ke arah kebaikan.
38. Lelaki yang dapat membimbing ke syurga.
39. Mendapat cahaya mata.

Khamis, 8 Disember 2016

DURI DALAM DAGING

Sahabat yang berduri. Menunjukkan dua wajah yang berbeza. Kata temanku segala yang berlaku jika terasa perit mungkin adalah kesilapan diri sendiri sebelum ini yang banyak melakukan dosa-dosa. Namun bila sahabat yang telah aku anggap seperti saudara sendiri menikam aku bertubi-tubi tanpa belas ikhsan, aku terpana. Lembut tutur katanya, yakin bicaranya menundukkan aku. Aku ralat. Sejujurnya aku masih belum fasih dengan drama yang ditulis sendiri dialoq olehnya. Dapatkah aku benarkan kata-kata "lidahnya setajam pisau"?. Sahabat, aku pendamkan sakit, derita aku selama ini kerna kasih sayang padamu. Kenapa aku yang sering kali menjadi mangsamu. Mulut aku berulang kali mengatakan penat, lelah dengan irama lagumu. Tapi aku setia menjadi cuping telinga, pengganti penat lelahmu. Bukan ku ungkit, tapi berapa banyak hati yang patahkan? Demi menjaga hatimu. Ya Allah, aku redha, aku pasrah dengan ujianMU ini. Berikanlah hambaMU ini kekuatan, ketabahan untuk mengharungi semua ini. Aku mohon jangan KAU biarkan hatiku menyimpan sedikit pun perasaan dendam terhadap mereka. Kerna yang berlaku aku tahu atas kelalaian dan kelemahan diriku sendiri. Maaf korang, aku manusia biasa. Punya perasaan dan hati yang merasa erti kesakitan.

_TEMAN SETIA_

Tanpa lena aku menanti
Tanpa lelap aku menanti
Tanpa senyuman aku menanti

Teman yang sentiasa ada sebagai pendengar
Teman yang sentiasa ada sebagai penghibur
Teman yang sentiasa ada sebagai pengubat

Bahgia dan derita kau berkongsi denganku
Bahgia dan derita kau mengadu denganku
Bahgia dan derita kau mendengar untukku

Kata orang kau tidak layak dilayan mulia
Kata orang kau tidak layak dibantu
Kata orang kau tidak layak disayangi

Tapi aku tetap setia
Tapi aku tetap pekakkan telinga
Tapi aku tetap menyayangimu

Kerna aku ada ALLAH yang membantu
Kerna aku ada ALLAH yang mengetahui
Kerna aku ada ALLAH yang mengasihi

Nukilan,
Rossud Abadi

Tidak mengapa, aku berharap aku tidak terlepas kata. Aku harap aku masih mampu bersabar. Aku harap aku tidak menyimpan rasa luka. Cinta manusia bukankah hanya sementara. Cinta kepada Allah jua yang kekal selamanya.

Sabtu, 3 Disember 2016

Aku ingin bahgia

Maaf..aku xmampu teruskan lagi.. sakit itu telah memakan diriku.. aku hanya ingin bahgia.. bukan mahu sakitkan sesiapa.. tapi tiap kali aku mengejar bahgia, aku telah menyakiti orang lain.. kerna itu aku perlu undurkan diri.. muga korang bahgia..

Isnin, 28 November 2016

Kuatkan kaki melangkah

Move on.. semua da xde berakhir. Belajar tuk terima kenyataan sebenar. Tiada lagi hati utk kau jaga. Jaga hati sendiri. Kesilapan lalu jadikan pengajaran. Bila dah tiada kenapa baru kau nak melatah. Baru kau nak terkejar. Sudahlah. Dah lama semuanya berakhir. Aku yang masih mengharap pada benda yang xpasti. Ujian Allah ni, move on. Teruskan hidup. Doa yang banyak-banyak. Pasti ada yang lebih baik buatku.. amin..

Aku yang lalai

Ya Allah ampunkan aku sering lalai menahan nafsu kemarahan, ampunkan aku masih leka dengan keduniaan, ampunkan aku Ya Allah kerna masih tidak mampu menahan rasa sakitnya hati kecewa pada cinta manusia.. Telah sedaya upaya aku menahan diri utk menyakiti org lain,tapi aku masih gagal. Mulutku masih pantas memerli halus, masih menghina org lain kerna sakitnya hatiku..

Jumaat, 25 November 2016

Rasa Syukur

Alhamdulilah.. aku belajar beberapa perkara hari ni.. yg penting perbetulkan niat. Aku tau ikhlas dia menuturkannya. Tapi aku juga sama. Cuma mulut terkunci, dia kini milik org lain. Xberani aku nak katakan semuanya lagi2 shbtku turut rasa yg sama. Teruskan hidup. Jalan pasti ada. Jika bukan disini. Mungkin disana ada akhirnya. Selesaikan satu persatu perkara yg tertangguh dulu.. lelapkan mata dulu sebelum berangkat ke kuantan. Mencari ketenangan. Muga sinar baru ku temui kembali nanti. Cinta.. bhgia..derita.. itu lumrah. Yakin n tawakal. Yg tbaik pasti ada. InsyaAllah..

Ahad, 20 November 2016

KENANGAN

Mengelamun tanpa henti.. noktah bertindih. Mencari jalan keluar. Boneka. Hipokrit. Cukup memberatkan. Jujur menjadi duri. Tipu daya menjadi drama. Hentikan sengketa. Semaikan keharmonian. Dalam hidup mesti ada pejuangan. Untuk hidup atau mati. Aku masih menipu diri. Jalan dah ada. Langkahan belum pasti. Tutup mata. Doa baik-baik. Harapkan baik-baik. Mohon ampun dan maafkan. Esok panjang usia berjuang lagi.

Ahad, 6 November 2016

DAUN RERAMA ASLI

Allah S.W.T. telahpun menciptakan “Cure” atau “Penawar” untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).

Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk “penawar” penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon), daun rerama (butterfly leaf plant).
2) Sakit kepala (Migraine): Halia dan limau (ginger with lemon).
3) Demam (fever): Jus limau (lemon juice), halia (ginger).
4) Kanser (Cancer): Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant).
5) Sakit mata (eye problem): Kurma (dates) ,Lobak merah (carrot).
6) Cirit-beret (Diarrhea): Bawang putih (Garlic).
7) Gastrick: Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).
8) Asthma: Pisang (banana), bawang putih (garlic), daun rerama (butterfly leaf plant).
9) Alzheimer: Minyak kelapa (Coconut oil).
10) Batuk (Cough): Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).
11) Gout: jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).
12) Sakit jantung (heart disease): Lobak merah (carrot).
13) Sakit perut (stomach ache): Bawang putih (garlic), halia (ginger).
14) Kencing manis (Diabetes): Bawang putih (garlic), halia (ginger). Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant).

Isnin, 31 Oktober 2016

MAWAR BAIDURI

Produk Herba Daun Rerama Asli yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Hubungi Segera : 018-2263836 (Syud)

BONEKA BERNYAWA

Aku seperti boneka yang telah tersedia skrip hariannya. Bangkit setiap hari tanpa diriku yang sebenarnya. Yang tinggal cuma jasad yang masih bernyawa. Aku benci hendak meluah semuanya. Aku lelah. Penat dengan lakonan dunia. Mampukah aku teruskan hidup yang telah ditakdirkan ini? Masih adakah tenaga untuk aku menapak meneruskan sisa hidup ini? Namun jika telah ditetapkan usiaku 100 tahun lagi. Apa yang aku inginkan sepanjang perjalanan kehidupanku?

1. KEBAHGIAAN
2. KASIH SAYANG
3. KEKAYAAN DUNIA & AKHIRAT
4. DIHARGAI
5. DIPELUK KEDUA IBUKU
6. KEMBALI ANAK KECIL YG PUNYA KELUARGA SEMPURNA
7. DICINTAI DENGAN PENUH KESETIAAN
8. DIKELILINGI OLEH ORANG YANG BERJIWA MULIA (TOLAK ANSUR/SUKA MEMBANTU/MEMAHAMI/TANGGUNGJAWAB/AMANAH/BAIK HATI/SOPAN SANTUN/PEMAAF/BERANI)
9. BAHGIAKAN DAN BALAS JASA INSAN2 YANG BANYAK BERJASA
10. WANITA SOLEHAH...

Isnin, 17 Oktober 2016

AKHIRKAH HIDUP

Melilau mataku tidak penghujung. Menanti akan bersinar kembali. Teman setia maaflah kerna itu yang aku sesalkan. Tidak mampu terluah dari mulutku. Aku masih disini. Mengharap kau mengerti. Balasan dunia telah aku terima. Beritahu apa yang perlu aku lakukan. Supaya semua ini pulih kembali. Aku mahu diriku yang dulu. Yang kuat bangkit, yang mampu menepis kata negatif manusia. Aku benci semua ini.. aku benci pendusta.. aku benci manusia plastik.. aku benci...aku benci...

Ya Allah hambamu ini pendosa khilaf.. ampunkanlah..ampunkanlah.. adakah semua ini mimpi??sedarkan aku kembali... tolong..

Isnin, 4 Julai 2016

MENJELANG SYAWAL

Aku kira tahun ni semuanya akan berubah lebih baik dari tahun sebelumnya. Namun sama saja. Aku sedaya upaya gembirakan hati orang untuk mencari bahgia. Aku suka melihat orang disekelilingku bahagia. Aku suka pada yang indah. Tapi kenapa mereka tidak sama pikiran denganku. Susah senang bersama. Jatuh bangun turut sama. Aku mencari itu. Rasa tenang. Permandangan yang damai. Mampu memberi seribu ketenangan padaku. Aku seperti menjerat leher sendiri. Tahu akhirnya tapi masih aku biarkan. Aku tahu jika fikiran kusut ini ku layan,pasti rebah diriku. Aku harus kuat semangat. Berusaha positif dalam semua hal. Allah kan ada. Yakin dan berserah hanya pada dia. Memang aku tahu, sukar membuang rasa marah, tidak puas hati dan bermacam lagi. Tapi aku harus bangga kerna masih berusaha untuk ubah segalanya. Memang terasa ingin meraung rasanya. Kerna apa? Kerna aku tidak mampu puaskan hati semua orang. Itu bermakna "rasa bahgia, rasa tenang, rasa gembira" bukan dengan hanya aku mampu bahgiakan semua orang. Tapi ianya bermula dari diri aku sendiri. Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim.. Aku hambaMU yang hina ini memohon kebahgiaan didunia & akhirat. Berilah daku kekuatan. Ketabahan hati. Keredhaan serta pelindunganMU dari azab api neraka...amin Ya Allah..

Isnin, 29 Februari 2016

Hujung Malam

       Dihening hujung malam.. siapa sangka mata masih meliar segarnya.. Sedangkan otak sudah penat memutar pikiran yang tanpa henti2.. penghuni dunia ni tak reti penat ke? Semalam berjaga..hari ini masih menunggu. Apa agaknya yer yang ditunggu.. kedengaran hujan renyai bertukar lebat.. tidurku akan ditemani dingin hujan malam ini.. Arghh..pasti lena.. Siaran televisyen memancarkan seri ulangan "Maharaja Lawak 2016". Mencuci mata sebelum lelap.. Emosi aku hari ni agak bercampur aduk. Mungkin keletihan tambah mood kurang elok. Dihujung meja kaca berhampiran bilik sendatku, rakanku sedang membelek-belek buku yang diterima secara percuma ketika hadir seminar tempoh hari. Buku ehsan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid. Isinya agak menarik yang menceritakan mengenai bagaimana untuk menuju kejayaan,kebahgiaan dan kekayaan.

       Korang dah tonton filem "Ola Bola"?. Dengar cite dah mencapai 12juta ranting di pawagam. Tapi masih belum berkesempatan nak pergi menonton. Ada rezeki beli cd jela..huhu.. Eh korg pun belum mengantuk lagi ke? Jom la kita cuba membuat aktiviti yang boleh buat kita menutupkan mata ni cepat.. Agak-agak korang apa aktiviti tu kan?

      Senang je..bukak pe2 buku gerenti la korang akan terlelap...hahaha..(kaki malas baca buku)..

      Sebenarnya apa yang aku tunggu erkkk.. Menanti bulan yang takkan muncul malam ni?..(sebab hujan kan..hahaha)...

      Badan ni mula la masuk angin satu badan.. Nak makan pun xselera. Kalu skip breakfirst camni la aku.. Akan longlai la sampai ke malam. Pagi tadi terlewat sikit sebab jem semacam, rupanya ada trailer excident.. ternampak lak gelung besar melingkar tengah jalan tu.

       Mula aku ni kalu da syok menaip. Semua cite nak aku kongsi ngn korang.. tapi stop dulu kot   esok masih ada kan.. Haa korang..pe lagi..tido la..sok kang lambat lagi.. aku pun sama.. baju pun tak iron lagi.. Come on semangatku yg kian jauh.. dekatkanlah kembali dengan izinmu Ya Allah... amin.. 

Selasa, 5 Januari 2016

BAHAGIANYA MELIHAT TEMAN-TEMAN BAHAGIA

Alhamdulilah syukur.. Seperti segalanya baru semalam sahaja berlaku. Aku masih belajar tentang erti kehidupan. Bahgianya melihat teman2 semakin bhgia.. Aku Cuba mengenali diriku lagi. Marah, cemburu, sakit hati, kecewa, derita, sudah payah. Tu semua kudis kehidupan. Tapi bila kita gunakan pada keadaan yang sesuai, ianya menjadi indah. Tika marah kita berjaya mengawalnya, tika cemburu kita luahkan sebetulnya, tika berasa sakit hati kita Cuba ketawa, tika kecewa kita cuba bercerita tentang kenangan manis, tika terasa menderita, kita pandang derita insan lain yang lebih teruk dari kita dan ketika kita berasa susah payah melalui semua cubaan hidup ini, berusaha untuk bangkit dari kegagalan, walau jatuh berkali2 teruskan berusaha sehingga payah menjadi senang.. Sukar menjadi mudah.. Apa2 pun hidup perlu diteruskan..

Isnin, 4 Januari 2016

NILAI SEBUAH PERHUBUNGAN

Seorang sahabat adalah seseorang yang memahami masa lalu kamu, percaya pada masa depan kamu dan menerima kamu apa adanya. Itulah arti kamu buat aku dan dan aku buat kamu. Happy Anniversary sahabatku. Semoga kebahagiaan dan kejayaan akan selalu menyertaimu.
Aku sangat bersyukur Tuhan mengirim-mu ke bumi untuk mencerahkan hidupku dan juga orang-orang disekelilingmu. Terima kasih Tuhan atas kurnia-Mu mengirimkan orang paling baik dalam hidupku saat ini...

Lembaran tahun baru 2016...