Selasa, 20 Disember 2016

PELINDUNG

Maaf sahabat. Aku manusia biasa. Aku turut rasa sakit yang sama. Aku terima takdir Allah ini. Cuma maaf korang kalu aku masih xcukup kuat. Aku akan hilangkan semua rasa ini. Ikhlas dan redha. InsyaAllah. Buangkan rasa bersalah tu. Terima dia seadanya.

38 Perkara Yang Saya Ingin Dalam Tahun 2017

1. Memiliki kejayaan, kebahgiaan, kekayaan.
2. Pendapatan melebihi RM10,000.00.
3. Rumah teres/banglo.
4. Selesaikan hutang yang berat.
5. Terapkan diri dengan aktiviti sosial ( ibadah + pergaulan baik + kebahgiaan = seimbang).
6. Tidak tunduk dengan kelemahan diri.
7. Baiki potensi diri/cari gali kelebihan diri.
8. Kekalkan rasa kehambaan.
9. Emosi negatif halau jauh-jauh.
10. Fizikal + rohani = sihat
11. Falsafah kejayaan - " Anggap kesalahan yang dilakukan adalah bagi menemui penemuan kejayaan".
12. Sentiasa membayangkan perkara positif sebagai langkah kejayaan.
13. Sentiasa bersyukur dan tahu tujuan hidup.
14. Mencapai misi untuk berjaya dalam hidup.
15. Mencapai visi menjadi kaya dan berjaya.
16. Mempunyai matlamat hidup sebagai manusia dan hamba Allah.
17. Mempunyai strategi hidup untuk atasi cabaran yang baik dan buruk.
18. Mempunyai tujuan hidup jangka panjang dan pendek.
19. Bebas dari cengkaman manusia dan berdiri dikaki sendiri.
20. Sentiasa bersyukur dengan nikmat hidup dan berkongsi nikmat dengan orang lain.
21. Lakukan sesuatu perkara/pekerjaan yang diminati bercirikan inovatif dan kreatif.
22. Buat sesuatu perkara yang berhasil/berguna untuk diri/orang lain.
23. Mewarnai hidup lebih ceria dan mendatangkan keindahan.
24. Diri sihat mental dan fizikal, tidak terganggu gugat oleh ancaman emosi, tahu langkah yang perlu dibuat untuk atasi masalah, membuat perkara yang diingini oleh diri sendiri.
25. Orang yang disayangi memberi sokongan dan dorongan, nasihat membina, teguran untuk kebaikan, bersama-sama bertindak.
26. Sentiasa perlu diberitahu perkara tersebut amat perlu dilakukan.
27. Memerlukan sedikit ketegasan dan cabaran sebelum bertindak.
28. Dihargai dan tahu potensi diri perlu dikeluarkan.
29. Dikelilingi rasa bahgia + sihat + aura positif.
30. Mencapai cita-cita sebenar untuk menjadi seorang penulis/usahawan berjaya. Jika kekal ditempat sama, berharap naik pangkat lebih tinggi.
31. Berani berdepan dengan masalah serta pantas membaiki kelemahan diri.
32. Dicintai dengan penuh kesetiaan.
33. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang berjiwa mulia.
34. Dapat membahagiakan dan membalas jasa insan-insan yang banyak membantu.
35. Menjadi muslim sejati (solehah). Mencintai makhluk tidak melebihi cinta kepada Allah.
36. Hilang rasa takut pada kenangan pahit dan dapat melupakan kenangan silam, kurangkan sikap mudah tersentuh, cepat bersedih hati, kuat, sabar.
37. Sentiasa doa, niat, berkata-kata, perbuatan dan semuanya ke arah kebaikan.
38. Lelaki yang dapat membimbing ke syurga.
39. Mendapat cahaya mata.

Khamis, 8 Disember 2016

DURI DALAM DAGING

Sahabat yang berduri. Menunjukkan dua wajah yang berbeza. Kata temanku segala yang berlaku jika terasa perit mungkin adalah kesilapan diri sendiri sebelum ini yang banyak melakukan dosa-dosa. Namun bila sahabat yang telah aku anggap seperti saudara sendiri menikam aku bertubi-tubi tanpa belas ikhsan, aku terpana. Lembut tutur katanya, yakin bicaranya menundukkan aku. Aku ralat. Sejujurnya aku masih belum fasih dengan drama yang ditulis sendiri dialoq olehnya. Dapatkah aku benarkan kata-kata "lidahnya setajam pisau"?. Sahabat, aku pendamkan sakit, derita aku selama ini kerna kasih sayang padamu. Kenapa aku yang sering kali menjadi mangsamu. Mulut aku berulang kali mengatakan penat, lelah dengan irama lagumu. Tapi aku setia menjadi cuping telinga, pengganti penat lelahmu. Bukan ku ungkit, tapi berapa banyak hati yang patahkan? Demi menjaga hatimu. Ya Allah, aku redha, aku pasrah dengan ujianMU ini. Berikanlah hambaMU ini kekuatan, ketabahan untuk mengharungi semua ini. Aku mohon jangan KAU biarkan hatiku menyimpan sedikit pun perasaan dendam terhadap mereka. Kerna yang berlaku aku tahu atas kelalaian dan kelemahan diriku sendiri. Maaf korang, aku manusia biasa. Punya perasaan dan hati yang merasa erti kesakitan.

_TEMAN SETIA_

Tanpa lena aku menanti
Tanpa lelap aku menanti
Tanpa senyuman aku menanti

Teman yang sentiasa ada sebagai pendengar
Teman yang sentiasa ada sebagai penghibur
Teman yang sentiasa ada sebagai pengubat

Bahgia dan derita kau berkongsi denganku
Bahgia dan derita kau mengadu denganku
Bahgia dan derita kau mendengar untukku

Kata orang kau tidak layak dilayan mulia
Kata orang kau tidak layak dibantu
Kata orang kau tidak layak disayangi

Tapi aku tetap setia
Tapi aku tetap pekakkan telinga
Tapi aku tetap menyayangimu

Kerna aku ada ALLAH yang membantu
Kerna aku ada ALLAH yang mengetahui
Kerna aku ada ALLAH yang mengasihi

Nukilan,
Rossud Abadi

Tidak mengapa, aku berharap aku tidak terlepas kata. Aku harap aku masih mampu bersabar. Aku harap aku tidak menyimpan rasa luka. Cinta manusia bukankah hanya sementara. Cinta kepada Allah jua yang kekal selamanya.

Sabtu, 3 Disember 2016

Aku ingin bahgia

Maaf..aku xmampu teruskan lagi.. sakit itu telah memakan diriku.. aku hanya ingin bahgia.. bukan mahu sakitkan sesiapa.. tapi tiap kali aku mengejar bahgia, aku telah menyakiti orang lain.. kerna itu aku perlu undurkan diri.. muga korang bahgia..