Sekejap betul rasanya kan.. Dah penghujung tahun 2015.. Lagi beberapa hari sahaja dah. Serius sedih rasanya. Tapi amat bersyukur sbb tahun ni aku belajar banyak benda baru.. Pengalaman yg mematangkan aku. Berjumpa rakan baru. Arghhh kenangan...sungguh tidak dilupakan.. Aku belajar pelbagai perkara tentang manusia, tentang diri sendiri. So AZAM aku tahun 2016.. Nak lebih baik dari sekarang.. Usaha tangga kejayaan kan?? Apa2 pun hidup perlu diteruskan. Performed diri kena jaga. Yang paling penting sayangkan diri sendiri. Hahaha..terima seadanya. Belajar hidup sederhana serta tetapkan kepercayaan. Good luck Syud!!
Isnin, 28 Disember 2015
Ahad, 27 Disember 2015
Dilwale 2015
Hari ni menghabiskan masa dengan princes... Pertama kali kot tonton wayang filem hindi kat panggung. Tapi apa yang dapat aku katakan disini.. Memanng terbaikkkk!!! Teringat kembali memori Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Korang pergilah tengok pasti tak menyesal punya. Kalau korang peminat filem hindi cam aku la kan...
Selasa, 15 Disember 2015
SAKITNYA
Sakitnya itu disini...didalam hatiku.. Hahahaha.. Aku terluka lagi hari ini.. Syabas diriku. Kau tewas lagi dengan diri sendiri. Menghadapi cabaran dengan pasangan curang. Pertahankan hubungan yang dibina hingga ke saat ini. Sabarkah aku... Tabahkah aku.... Hahaha... Pergilah derita.. Pergilah sengsara.. Cukup semalam kau membutakanku.. Cukup semalam kau melemahkan aku.
Isnin, 14 Disember 2015
HAMPIR GILA
Hahahaha. Ketawa berirama sendu. Pernah bukan kalian menutup segala kesakitan dengan ketawa. Aku sedang lalui kini. Hahaha..bagaikan hilang seketika sakit itu. Mataku tidak mampu berhenti memandang, telinga tidak mampu berhenti mendengar. Ianya datang lagi. Kenapa semuanya ada dalam diri ni? Pergilah jauh2 rasa sakit itu.. Berhenti ganggu aku. Aku tidak sanggup lalui semua tu lagi.. Tolong.. Berhenti ganggu ketenangan yang baru aku gapai. Cukup kenangan yang buat aku merana tidak bertepi ini. Cukup berfikir aku akan lagi disakiti. Cukup menanti harapan palsu jiwa. Cukup semuanya. Aku tidak sanggup laluinya lagi.. Hadirlah ketenangan.. Hadirlah keindahan.. Bahgia kan kalu semua itu milikku..
DAMAINYA DIRASA
Penatnya hati ini menerjah kesakitan demi kesakitan. Lelah menempa diri lagi. Mengharap pada yang xpasti. Aku menggapai apa yang aku tidak mampu genggam. Damaikanlah hatiku. Jiwa kelam, hatiku menjerit hiba. Aku cuba berubah mengasihani diri sendri tapi mengapa sekian kali aku jatuh jua. Adakah aku tidak bisa bahgia. Hanya sekelip mata ia berubah.. Hanya sekelip mata ia hilang. Apa kesilapanku kali ini? Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk perbaikinya. Ajarkan aku tentang bahgia, ajarkan aku tetap tabah, ajarkan aku untuk berhenti lelah. Keikhlasan bagaimana hendak aku pamerkan? Apa yang aku perlu lakukan.. Ya Allah bantulah daku.. Aku tidak mahu kecundang lagi. Aku perit dimata, perit dihati. Tolonglah daku, tunjukkan cara bagaimana untuk dicintai, disayangi. Meronta2 diriku ingin melepaskan semua derita ini. Bagaimana insan boleh berpura2 tiada apa yang berlaku sedangkan ianya ada? Mana perakhiran episod ceritaku ini? Aku tiada bermaya, aku tiada kekuatan ketika ini. Hadirlah cinta, hadirlah sayang, hadirlah rindu. Aku bukan mengeluh tiada bermakna, aku hanya ingin semua itu. Mahal sangat semua perhatian itu. Dimana silapku? Dimana salah kesabaranku. Pada siapa harus aku letakkan semua ini. Aku penat derita, aku penat menangis hiba, aku penat tanggung segalanya sendiri. Siapa yang sudi berada disisiku ini? Jahatkah aku? Hinakah aku mengejar semuanya? Silapnya dimana? Aku tidak tahu. Jangan biarkan aku berputus asa. Jangan biarkan aku jatuh rebah sendiri lagi. Gapailah tanganku untuk terus bangun. Aku ingin bahgia. Aku hanya menelan kepahitan demi kepahitan. Akhirnya aku yang derita. Aku penat dengan janji palsu manusia. Aku penat dengan lakonan manusia tidak setia. Aku penat dengan ketidakjujuran. Rindu itu kebahgiaan bukan? Sayang itu sangat penuh perhatian bukan? Disini aku bertatih, disini aku menggapai kasih sayang itu. Benar hidup akan hujungnya mati. Namun selagi masih hidup, cara bagaimana untuk bertahan. Arghhh perasaan..benar2 membuat aku penat...
Khamis, 10 Disember 2015
JANGAN PERNAH MENYESAL
Kita tidak akan habis belajar tentang kehidupan ini.. Walau makin di mamah usia.. Ilmu tidak pernah habis. Kerdilnya kita bukan? Semakin banyak kita tambah..ianya tidak akan pernah cukup. Aku bersyukur Ya Allah kerna setiap hari Kau berikan pengalaman yg amat berharga buatku. Mengajar erti kehidupan yg amat indah ini. Dengan belajar mensyukuri nikmatMu...
Rabu, 9 Disember 2015
MELAYU DIDUNIA
Sejarah perlembagaan persekutuan. Tiba-tiba bab sejarah ni diutarakan hari ini. Dalam "Program Dialog Isu Semasa Negara 2015" di dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Bermula dengan permulaan mengenal perlembagaan Perkara 152 - Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Isu dibangkitkan lagi dengan perkembangan mengenai perlembagaan yg di gubal oleh undang-undang. Perkara 153 - Hak asasi Orang Melayu. Dihargai, dipelihara. Pengorbanan Orang Melayu dari awal penubuhan. Berkaitan pemerintahan dibawah jajahan sistem Diraja.
SIAPA KATA AKU SUNYI??
Aku sudah lama begini..senang bersendirian. Lakukan apa sahaja yg aku ingin lakukan. Lama sangat rasanya aku berada dibawah telunjuk manusia. Lebih baik aku berada dibawah pelindungan Allah.. DIA sentiasa ada kita. Walau bagaimana keadaan kita... Allah yg maha mmerhati, maha mengetahui.. Setiap perkara yg berlaku. Aku tidak putus asa berdoa agar kehidupan aku kian pulih. Banyak sekali dugaan mendatang akhir-akhir ini. Semua tu buat aku berhenti mengeluh sebentar sambil mengucapkan syukur kepada Allah swt. Kerna masih ada lagi yg berat dugaannya dari apa yg aku lalui kini. Aku masih bertatih mengenali penciptaku. Belajar mencintaiNya dengan penuh rasa kasih. Ya Allah permudahkanlah urusanku.. Ampunkan dosa-dosaku selama ini.. Sesungguhnya aku ingin sekali menjadi hambaMu yg benar-benar beriman kepadaMu Ya Rabb.. Ampunkan dosaku jua kerna byk sekali telah menzalimi diriku sendiri. Tabahkan diriku Ya Allah... Berilah hidayahMu..PetunjukMu seperti yg telah Kau berikan kepada hambaMu yg beriman...Amin Ya Rab...
Rabu, 2 Disember 2015
KESABARAN
Berbicara tentang kesabaran.. Aku culas sebenarnya. Kerna janji tinggal janji. Aku berjanji pada diri namun aku sendiri yang khianati. Aku yang menzalimi diri sendiri. Tekad pada diri tinggi. Namun longlai lagi. Aku merenung lagi pada kesabaran diri sendiri.