Esok masih ada… seperti dekat
terasa apa yang dirasainya. Namun kian redha tatkala sahabat tersayang bersuara
hasrat dijiwa. Menyimpan sesuatu kerna persis putera yang telah berlalu. Kecewa
hati ini sebenarnya apabila terasa benar firasat dijiwa tentang kesilapan
berharap pada bukan milikku. Hampir saja aku menerbitkan rasa dijiwa ini
tentang makna sebuah perasaan hati.
Pertama kali hati ini terbuka rindu yang mendalam pada
lelaki. Setelah sekian lama tiada kekuatan dan keberanian pada lawan jantinaku,
aku kini kian berasa selamat
disampingnya. Hahahaha…gelap terasa dunia ini..malu mahu menutup mukaku. Aku
tau kesilapan kerna menolak arus laju kejayaan. Tapi keyakinan dan kesediaan
yang penuh pada diri untuk bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
Aku mahu berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kecil bakal pemaju
Negara menongkah arus yang lebih mencabar. Aku tidak mahu lagi barkata janji kepada
yang tidak pasti. Berkat keyakinan dan azam yang penuh dalam diri mahu
melangkah kearah kejayaan..InsyaAllah akan dipermudahkan. Bantuan dan sokongan
tidak sombong aku ingin perkatakan bahawa semuanya adalah penaik semangat untuk
aku nekadkan diri pada sebuah mercu kejayaan. Leka pada duniawi..leka pada
anganan mat jenin yang tidak bergerak selama ini benar-benar membuang masaku
dengan sia-sia. SubhanaAllah..maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi.
Disini aku belajar tentang kehidupan, tentang pengalaman pahit getir, manis dan
pahit rencah kehidupan yang akan aku lalui selepas ini tanpa henti.
PERUBAHAN……aku
perlu merencana dan menyusun kekuatan untuk mencapai apa yang diri aku mahukan
selama ini. Alhamdulilah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mengapa
masih ingin aku berpaling kepada kedukaan lagi. Jalannya telah ditunjukkan,
langkahnya telah dipermudahkan…apa perlu aku menunding jari menyalahkan nasib
buruk yang menimpa diri. Allah maha besar.. sesungguhnya inilah yang dikatakan
pengalaman mengajar manusia kepada langkah kejayaan. Padamkan kemarahan,
buangkan keresahan, singkirkan buruk sangka, damaikan hati pada yang maha Esa.
Tidak
ada impian yang akan dapat dicapai sekiranya hanya merangka tanpa bergerak.
Bertatih ditempat yang sama adakah boleh Berjaya??. Terima kasih kepada insan
“itu” yang banyak membantu. Kupejamkan sebentar mata luarku..ku damaikan hati
dengan kesyukuran. JANJI ALLAH ITU PASTI…janji manusia sering dimungkiri. Janji
mana yang aku sepatutnya kejar selama ini. Inilah dia jalannya, inilah dia
kenyataan yang aku harus terima. Jangan jatuh lagi mawarku…kau harus maju
setapak demi setapak. Bergerak dengan sedikit pantas,tanpa rasa duri dunia
masih bersisa. Tiada kebahgiaan, tiada kejayaan yang aku perolehi dengan berfikir
derita, menangisi kehilangan. Bangkit dan teruskan hidup, baiki apa yang
tertinggal, motivasi diri sendiri tanpa perlu diketuk untuk bangun. Lakukan apa
yang orang suka/harapkan dan hindarkan diri dari berkata buruk. Fikir yang
baik-baik sahaja, belajar apa yang sepatutnya. Ya Allah manisnya kemanisan
imanmu apabila diperdengarkan kelebihan mengejar cinta kepadaMU. Terima kasih
Ya Allah, kerana menunjukkan aku pada kebenaran. Inilah dia keikhlasan yang
selama ini aku tertanya-tanya bagaimana Ingin berasa ikhlas apabila menghulur,
berasa ikhlas bila bertutur, berasa ikhlas bila mendengar hidayahMU.
Permudahkan
urusan-urusan kami Ya Allah..ikhlas yang sebenarnya adalah pengertian tentang
sabar dan redha apabila diberi ujian. Setiap perkara sebesar zarah pun ia
bermakna. Ampunkan aku Ya Allah kerana banyak membazirkan hidupku dengan
sia-sia. Tabahkanlah hatiku, lapangkan dadaku menerima hidayahMU Ya Allah. Jauhkanlah
kami semua hambaMu yang disayangi dari kejahatan dan hasutan syaiton. Didiklah
hati kami agar bersangka baik pada ujian-ujianMu. Kuatkanlah iman kami Ya Allah
sepertimana hamba-hamba yang diseksa pada zaman nabi Muhammad s.a.w.
PERISTIWA SEMALAM DAN SEBELUMNYA BAGAIKAN MIMPI, AKU SEPERTI
DIAWANGAN-AWANGAN, ANTARA BENARKAH KAKIKU MENJEJAKI BUMI. INILAH KEAJAIBAN
ALAM…. BENARLAH APA DIKATA “TIADA KEJAYAAN TANPA DIBELAKANGNYA
KEBERANIAN……………………………………perkenanlah Ya Allah…amin….
….sabar dan ikhlas….niat yang baik Allah telah janjikan
ganjarannya… muga mengerti apa yang dikata….duhai yang bernyawa………………………………………………,,_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan