Khamis, 26 November 2015

Akrab

Besarnya kekuasaan Allah.. Yg tidak putus2 melimpahkan rahmat dan kebesaranNya kepada HambaNya2.. Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa bersyukur dengan nikmatMu..

Hari ni terlewat sedikit. Nyenyak tido tanpa gangguan.. Alhamdulilah.. Dgr tadi ada pesta buku yg akan berlansung di PWTC.. Insyaallah boleh join nanti ni.. Tiba2 dada terasa susah nak menarik nafas pagi ni.. Kenapa yer? Kesan nikotin lebih agaknya dlm badan..

Dah masuk waktu dhuha ni.. Kedengaran doa dhuha dicorong radio Ikim fm...Amin Ya Allah.. Muga kita sama2 mendapat rezeki yg diberkati oleh Allah swt...

Teringat seseorang.... Ermm.. Si  Dia..pemilik kucing 'Mia'.... Terima kasih sbb sudi berbual dan luangkn masa bersama.. Dah lama tak mcm tu.. Kalau la awk tau...saya masih mengharap dapat baiki kembali segalanya..

Rabu, 4 November 2015

MENCARI DUIT POKET LEBIH...

MENCARI DUIT POKET LEBIH... Nak tak income RM900 sehari. FREE REGISTER… Tiada apa2 bayaran di kenakan (kalau anda rasa rasa program ini menipu, anda tak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun??…) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang… Anda perlu open link di bawah dan register. Anda terus dapat USD25 x 3.4=RM85.00… Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini… Paste kat FB, twitter, whatsapp dan sebagainya… Setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 x 3.4=RM34. MUDAH kan… ?? Anda boleh pilih samada nak masuk ke akaun bank atau cek di post ke alamat rumah anda… Ramai yang dah register & PERCUMA. Cuba klik link ini. Tak salah mencuba http://WeeklyFixPay.com/?share=352400

Selasa, 3 November 2015

Catatan Yang Terbaik Buatku

Wajah kegembiraan adalah sinar kebahgiaan milik setiap insan. Segala kedukaan yang terpalit kerna memori silam bagaikan terpadam selamanya. Ingin rasanya tetap waktu dimasa itu. Terpamer senyuman bahgia meniti bibir.  Laksana dunia ini hanya miliknya. Wahai pujangga dunia, bangkitnya diri kerna rasa cinta pada diri telah kembali. Syukur tidak lekang meniti di mulut kini. Pencipta menunjukkan keagungannya. Betapa besar kurniannya membuat kaki bertatih walau lelah bertandang, kian menekan namun tetap bertahan melawan arus gelombang. Ini dinamakan kehidupan. Bagaimana manusia itu bisa ketawa pabila kesedihan? Tika bahgia ia bercucuran air mata. Kuasa Yang Maha Esa bukan? Cuba  selami kisah si kecil yang tidak mengenal   erti kasih sayang.  Apa yang telah dilaluinya? Siapa yang bersamanya? Titik persoalan menerjah pikiran. Persoalannya ringkas sahaja namun mengandungi pelbagai kisah. Mangsa perkotak katik manusia, mangsa belenggu jiwa manusia. Siapa? Si kecil itu yang kini telah dewasa. Sedang menikmati kebahgiaan yang tidak dikenali dulu. Cereka ini sebagai permulaannya sahaja. Menarik minat untuk mengenali siapa si kecil dikalangan manusia pemangsa itu dulu. Kisah begini sepertinya sudah biasa ditonton dan didengar bak drama televisyen. Namun ada sesuatu yang berbeza dari sinopsisnya. Siapa yang bisa mengerti jika sendiri tidak melaluinya. Tentu sahaja sinis bunyinya. Bukan dirinya sahaja yang berduka. Benar itu pasti dihamburkan sesetengah manusia. Selami dan amati bait-bait inci kehidupannya. Pasti banyak pedoman yang akan diperolehi nanti. Ruang dan peluang yang tiba-tiba muncul jarang berlaku. Mungkin ini titik permulaan yang Allah kurniakan. Yakin segalanya adalah perancangan yang terbaik adalah dariNYA. Minat menulis serta berkongsi kisah hidup sudah lama terpendam. Pernah suatu ketika berbalas emel dengan penulis novel "Rose Harissa" pengarang dari Alaf 21 tentang keinginan berkongsi kisah hidup dalam bait-bait novel tulisannya. Nasihat pengarang agar diri sendiri menerokai jalan ceritanya. Katanya cuba realisasikan impian menulis dengan mencabar diri sendiri. Berani bertindak dan teruskan niat. Ketika itu belum mengerti apa yang cuba diterjemahkan. Hampir 10 tahun memendam angan dan biarkan berlalu bersama waktu. Berbekalkan doa serta keinginan yang telah lama terbuku, Allah mengizinkan permulaan ini. Doa agar dipermudahkan segalanya. Kebaikan akan datang jika kita tahu memberi yang terbaik.