Selasa, 7 Julai 2015

JENDELA KACA

Tarikh : 7 Februari 2015 Masa : 12.33 tengah malam


     Mengintai tirai kaca yang sering dilalui…”JENDELA KACA”. Apa yang terfikir dibenak kita dengan perkataan itu? Aku juga tertanya. Tapi sedarkah kita, bahawa pelbagai cerita disebalik jendela kaca itu. Pada mulanya aku ingin menyambung perihal kaca ini kemudian. Tetapi aku cuba berubah dari ‘sikap “TANGGUH”. Seharusnya aku patut menghabiskan apa yang telah aku mulakan. Kembali kepada topic pertama aku tadi. Aku sepertinya mahu membawa kalian bersama mengupas apa yang dimaksudkan dengan ‘jendela kaca’ dari sudut pandangan masing-masing. ‘First thinking’ aku merujuk kepada asas pelakunya seperti bagaimana ianya terjadi. Kalau pada kereta ianya pastilah banyak gunanya seperti kepentingan keselamatan penumpang dari penjenayah (cth: kecurian), unsur alam (cth: hujan, habuk) dan sebagainya.

    Aku ingin membawa sahabat pada pandangan luar ‘jendela kaca’ pula. Jika didalamnya pelbagai ragam, tidak kurang luarnya yang lebih menyerlah antaranya masa keadaan berlaku (cth: pagi dengan sesak ke office), dimana lokasi pandangan ketika itu (cth: hentian bas, jalan yang sesak, signboard penunjuk arah) serta lain-lain keadaan yang aku belum habis berfikir. Disitu aku mengenali ragam pemandu, ragam penunggang, ragam pejalan kaki dan macam-macam lagi. Semua ini pasti kalian terfikir, apa yang ingin aku sampaikan bukan?. Maaf berleter panjang ala-ala pakar falsafah kuno (ada hati tu..huhu). Bukan sekadar kata-kata kosong sahabat, aku cuba mengupas apa yang aku sedang fikirkan mengenai “KEHIDUPAN DUNIA” dari sudut yang terpencil. Tidak riak untuk menuturkan apa terlintas difikiran aku. Cuma niat mahu berkongsi rasa.

   Menjangkau usia lewat 20an suku tahun ini, sepertinya boleh dibukukan novella perjalanan hidupku. Sebagai isi bacaan sahabat sekalian untuk pedoman dan perkongsian pengalaman hidupku. Bermula seingat aku usia lewat 3 tahun ketika itu, sepertinya baru bermula perjalanan hidup aku. Ketika itu aku berjalan-jalan seorang diri di lorong rumah ‘mak’ (kakak tiri mamaku), sambil menguis-nguis tanah sebagai permainan aku hari itu. Sosok seorang lelaki remaja (anggaran usia 17 tahun mungkin…) menghampiri aku. Si kecil yang tidak mengerti dan mempunyai sikap pemalu (keterlaluan) hanya lurus mengikut jejak arahannya. Membawa ke sebuah rumah milik keluarganya yang ketika itu tiada ahli yang lain. Aku dipaksa melakukan perkara yang tidak ‘bermoral’. Setelah nafsu dilepaskan, aku diingatkan agar jangan membuka mulut. Kejadian tersebut seingat aku, 2 kali berlaku sebelum aku berpindah ke Bandar mengikut mama tinggal di rumah keluarga abangnya. Aku memasuki pra-tadika (usia 5 tahun) di Tadika Kemas perumahan tersebut. Ada keseronokan yang masih diingati ketika itu. Seperti ‘anak emas’ aku dilayan. Mana tidaknya aku seorang sahaja anak kecil dalam rumah tersebut. Keluarga sederhana besar Pak Long (daddy) bersama mak long (mummy) dengan 5 orang anak bujangnya. Mama ketika itu salah seorang staff kerajaan di Pusat Bandar berkenaan. Fasa kedua aku dijadikan tempat penganiayaan manusia. Sebelum aku menyambung pra-persekolahan dihadapan pejabat mama dimana Tadika bercirikan islam, sebab apa aku kata begitu?. Ya la aku kena pakai tudung, diajar mengaji dan lain-lain yang aku ingat lupa. Yang aku ingat budak lelaki sebayaku menarik tudungku dari belakang (kelakar jugak..hehe). Sekurangnya itukan pengalaman manis juga buat aku.

    Peristiwa selepas aku ditemukan dengan seorang lelaki asing (usia awal 40an) sebagai kwan lelaki mama. Semuanya berlaku agak pantas ketika itu. Asalnya lelaki itu pemandu bas awam (pengangkutan harian mama), kemudian jadi pemandu lori sebuah kilang milik ‘tokey cina’. Mama bertunang dikampung rumah arwah ‘To’ki’ berhampiran rumah tempat aku dibearkan sebelum berpindah ke Bandar. Aku seperti biasa, hanya membatukan diri tanpa perasaan apa-apa, masih tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Peristiwa berkenaan terjadi ketika aku pulang dari Tadika Kemas. Kebetulan tiada sesiapa dirumah, seperti biasa aku memanjat jendela tingkap ditepi rumah untuk masuk ke dalam. Mereka yang lain pulang ke kampong menghadiri ‘zeroh’ (kenduri). Setelah melakukan apa yang patut dibuat aku berehat-rehat menunggu lewat petang sebelum kepulangan mama. Namun peribahasa: “aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari…”. Tiba-tiba ‘tunang’ mama datang bertanyakan mereka yang lain. Seingat aku ketika itu, menginjak pukul 3.00 petang. Mungkin tanpa aku sedari, dia telah lama memerhatikan ‘mangsa’nya. Memperdayakan aku dengan meminta segelas air, rupanya alasan tipu dayanya untuk melempiaskan nafsu serakah syaitan bertopengkan manusianya.

     Hampir 10 tahun aku membiarkan diriku terkurung mengikut telunjuk ‘ayah angkat’ (manusia bertopengkan syaitan itu). Aku dipaksa menemaninya bekerja sebagai pemandu bas awam. Selepas bernikah dengan mama, ‘ayah angkat’ membawa bas awam ‘Park May’ pula. Menyingkap fasa ketiga dan keempat penyeksaan dalam hidupku, aku dinoda tanpa mampu bersuara oleh lelaki ‘tua’ kenalan ‘ayah angkat’ ketika dibengkel bas tersebut. Lelaki tua (anggaran usia lewat 50an)mengambil kesempatan ketika aku sedang tidur dibangku belakang bas tersebut. Perbuatannya tidak disedari oleh sesiapa pun kecuali Allah. Aku tidak mampu bersuara. Hanya kebuntuan kerna masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Kejadian keempat juga kenalan ‘ayah angkat’, juga pemandu bas. Menawarkan kebaikan dengan ‘niat jahat’. Sama pelaku binatangnya dengan manusai-manusia diatas. Peristiwa kelima setelah kami berpindah ke perkampungan tetap kami. Dipendekkan cerita, ketika itu, aku berjalan kaki baru pulang mengaji. Jarak dari rumah kira-kira 5km menyusuri semak-semak tinggi, haiwan liar dan pelbagai lagi. Tetapi kali ini, aku berdepan dengan seorang ‘IMAM’ kampong. Jahilnya aku ketika itu kerana peristiwa tersebut aku tidak percaya lagi pada golongan yang berpendidikan agama seperti peribahasa: ‘kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga’. Teringat aku dengan alasan kejinya “Semua budak perempuan kena buat macam ni. Anak pakcik orang lain pula kena buat.” Lihat bagaimana dia membuat hukum agamanya sendiri. Bermula fasa pembelaan buat diri aku ketika mana tidak mampu lagi menahan tangisan demi tangisan. Penderitaan demi penderitaan yang berlarutan.

     Hanya kepada Allah tempat aku mengadu ketika itu. Memohon memberi aku jalan keluar setelah aku ketahui segalanya itu adalah suatu kezaliman. Zaman kecilku yang dikongkong dan disekat berkawan dengan kanak-kanak jiran, disebat, disakiti dan di’hamba-abdi’kan sesuka hati mereka. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segalanya. Syukur Allah memberi aku sinar kehidupan. ‘Ayah angkat’ aku dijatuhkan hukuman 13 tahun 10 sebatan. Tanggal 23 Mac 2015 ini nanti adalah hari pembebasannya. Aku memohon padamu Ya Allah, lenyapkanlah dendam dan kemarahan dalam hati ‘ayah angkat’ku itu, sesungguhnya aku sudah lama memaafkan segala kesalahannya sejak hari dia dijatuhkan hukuman lagi. Aku bermohon padaMU, Ya Allah agar ‘ayah angkat’ku itu tidak mencederakan mama dan adik-adikku serta orang lain. Muga dia bertaubat dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya. Amin Ya Allah.. Ku menaipkan bait-bait puisi pengharapan buat tatapan kalian yang disayangi… Meniti subuh hari…aku undurkan diri dahulu.

Next entri kita berjumpa lagi.

  *RINDU PADA CINTA BARU ITU……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan