Penatnya hati ini menerjah kesakitan demi kesakitan. Lelah menempa diri lagi. Mengharap pada yang xpasti. Aku menggapai apa yang aku tidak mampu genggam. Damaikanlah hatiku. Jiwa kelam, hatiku menjerit hiba. Aku cuba berubah mengasihani diri sendri tapi mengapa sekian kali aku jatuh jua. Adakah aku tidak bisa bahgia. Hanya sekelip mata ia berubah.. Hanya sekelip mata ia hilang. Apa kesilapanku kali ini? Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk perbaikinya. Ajarkan aku tentang bahgia, ajarkan aku tetap tabah, ajarkan aku untuk berhenti lelah. Keikhlasan bagaimana hendak aku pamerkan? Apa yang aku perlu lakukan.. Ya Allah bantulah daku.. Aku tidak mahu kecundang lagi. Aku perit dimata, perit dihati. Tolonglah daku, tunjukkan cara bagaimana untuk dicintai, disayangi. Meronta2 diriku ingin melepaskan semua derita ini. Bagaimana insan boleh berpura2 tiada apa yang berlaku sedangkan ianya ada? Mana perakhiran episod ceritaku ini? Aku tiada bermaya, aku tiada kekuatan ketika ini. Hadirlah cinta, hadirlah sayang, hadirlah rindu. Aku bukan mengeluh tiada bermakna, aku hanya ingin semua itu. Mahal sangat semua perhatian itu. Dimana silapku? Dimana salah kesabaranku. Pada siapa harus aku letakkan semua ini. Aku penat derita, aku penat menangis hiba, aku penat tanggung segalanya sendiri. Siapa yang sudi berada disisiku ini? Jahatkah aku? Hinakah aku mengejar semuanya? Silapnya dimana? Aku tidak tahu. Jangan biarkan aku berputus asa. Jangan biarkan aku jatuh rebah sendiri lagi. Gapailah tanganku untuk terus bangun. Aku ingin bahgia. Aku hanya menelan kepahitan demi kepahitan. Akhirnya aku yang derita. Aku penat dengan janji palsu manusia. Aku penat dengan lakonan manusia tidak setia. Aku penat dengan ketidakjujuran. Rindu itu kebahgiaan bukan? Sayang itu sangat penuh perhatian bukan? Disini aku bertatih, disini aku menggapai kasih sayang itu. Benar hidup akan hujungnya mati. Namun selagi masih hidup, cara bagaimana untuk bertahan. Arghhh perasaan..benar2 membuat aku penat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan