Jumaat, 25 September 2015

Mengalami Masalah Pigmentasi??
Kulit kusam?
Jerawat Tumbuh Seperti Cendawan Lepas Hujan?

Saya ada cara Penyelesaiannya..

RAHSIA Kulit Licin Mulus
Bebas Jerawat Tanpa Masalah..

Telah banyak Testimoni yang Berjaya

Pm Segera Untuk Keterangan Lanjut

018-226 3836 - whatsapp

Isnin, 7 September 2015

MAHUKAN cinta Allah

Jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, Allah. 1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat. Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana: "Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat...." 2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar. 3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan! 4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid. 5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat. 6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu. 7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah. 8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah. Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia akan menggapai "jalan cinta". Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta Allah padamu, terbalas. "Sungguh, tidak aneh jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang mencintai hambanya...." Dan.. "Sungguh, tidak aneh jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat mencintai kita, walau betapa hinanya kita?" Ingat.. "Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya. Wallahua'lam.