Selasa, 17 Februari 2015

Serius Dia……


 

 

 

Esok masih ada… seperti dekat terasa apa yang dirasainya. Namun kian redha tatkala sahabat tersayang bersuara hasrat dijiwa. Menyimpan sesuatu kerna persis putera yang telah berlalu. Kecewa hati ini sebenarnya apabila terasa benar firasat dijiwa tentang kesilapan berharap pada bukan milikku. Hampir saja aku menerbitkan rasa dijiwa ini tentang makna sebuah perasaan hati.

Pertama kali  hati ini terbuka rindu yang mendalam pada lelaki. Setelah sekian lama tiada kekuatan dan keberanian pada lawan jantinaku, aku kini  kian berasa selamat disampingnya. Hahahaha…gelap terasa dunia ini..malu mahu menutup mukaku. Aku tau kesilapan kerna menolak arus laju kejayaan. Tapi keyakinan dan kesediaan yang penuh pada diri untuk bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Aku mahu berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kecil bakal pemaju Negara menongkah arus yang lebih mencabar. Aku tidak mahu lagi barkata janji kepada yang tidak pasti. Berkat keyakinan dan azam yang penuh dalam diri mahu melangkah kearah kejayaan..InsyaAllah akan dipermudahkan. Bantuan dan sokongan tidak sombong aku ingin perkatakan bahawa semuanya adalah penaik semangat untuk aku nekadkan diri pada sebuah mercu kejayaan. Leka pada duniawi..leka pada anganan mat jenin yang tidak bergerak selama ini benar-benar membuang masaku dengan sia-sia. SubhanaAllah..maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi. Disini aku belajar tentang kehidupan, tentang pengalaman pahit getir, manis dan pahit rencah kehidupan yang akan aku lalui selepas ini tanpa henti.

                PERUBAHAN……aku perlu merencana dan menyusun kekuatan untuk mencapai apa yang diri aku mahukan selama ini. Alhamdulilah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mengapa masih ingin aku berpaling kepada kedukaan lagi. Jalannya telah ditunjukkan, langkahnya telah dipermudahkan…apa perlu aku menunding jari menyalahkan nasib buruk yang menimpa diri. Allah maha besar.. sesungguhnya inilah yang dikatakan pengalaman mengajar manusia kepada langkah kejayaan. Padamkan kemarahan, buangkan keresahan, singkirkan buruk sangka, damaikan hati pada yang maha Esa.

                Tidak ada impian yang akan dapat dicapai sekiranya hanya merangka tanpa bergerak. Bertatih ditempat yang sama adakah boleh Berjaya??. Terima kasih kepada insan “itu” yang banyak membantu. Kupejamkan sebentar mata luarku..ku damaikan hati dengan kesyukuran. JANJI ALLAH ITU PASTI…janji manusia sering dimungkiri. Janji mana yang aku sepatutnya kejar selama ini. Inilah dia jalannya, inilah dia kenyataan yang aku harus terima. Jangan jatuh lagi mawarku…kau harus maju setapak demi setapak. Bergerak dengan sedikit pantas,tanpa rasa duri dunia masih bersisa. Tiada kebahgiaan, tiada kejayaan yang aku perolehi dengan berfikir derita, menangisi kehilangan. Bangkit dan teruskan hidup, baiki apa yang tertinggal, motivasi diri sendiri tanpa perlu diketuk untuk bangun. Lakukan apa yang orang suka/harapkan dan hindarkan diri dari berkata buruk. Fikir yang baik-baik sahaja, belajar apa yang sepatutnya. Ya Allah manisnya kemanisan imanmu apabila diperdengarkan kelebihan mengejar cinta kepadaMU. Terima kasih Ya Allah, kerana menunjukkan aku pada kebenaran. Inilah dia keikhlasan yang selama ini aku tertanya-tanya bagaimana Ingin berasa ikhlas apabila menghulur, berasa ikhlas bila bertutur, berasa ikhlas bila mendengar hidayahMU.

                Permudahkan urusan-urusan kami Ya Allah..ikhlas yang sebenarnya adalah pengertian tentang sabar dan redha apabila diberi ujian. Setiap perkara sebesar zarah pun ia bermakna. Ampunkan aku Ya Allah kerana banyak membazirkan hidupku dengan sia-sia. Tabahkanlah hatiku, lapangkan dadaku menerima hidayahMU Ya Allah. Jauhkanlah kami semua hambaMu yang disayangi dari kejahatan dan hasutan syaiton. Didiklah hati kami agar bersangka baik pada ujian-ujianMu. Kuatkanlah iman kami Ya Allah sepertimana hamba-hamba yang diseksa pada zaman nabi Muhammad s.a.w.

 

 

PERISTIWA SEMALAM DAN SEBELUMNYA BAGAIKAN MIMPI, AKU SEPERTI DIAWANGAN-AWANGAN, ANTARA BENARKAH KAKIKU MENJEJAKI BUMI. INILAH KEAJAIBAN ALAM…. BENARLAH APA DIKATA “TIADA KEJAYAAN TANPA DIBELAKANGNYA KEBERANIAN……………………………………perkenanlah Ya Allah…amin….

 

 

 

….sabar dan ikhlas….niat yang baik Allah telah janjikan ganjarannya… muga mengerti apa yang dikata….duhai yang bernyawa………………………………………………,,_

 

Selasa, 3 Februari 2015

Minum petang dengan menikmati laksa,mee kari ngn air batu campur....sambil disuapkan dgn kuih tepung pelita ngn budak kecik ni..huhuhu.. Jap lagi otway hantar budak kecik ni..mesti rindu dgn keletah dia..hehehe....

Isnin, 2 Februari 2015

kembali ke kl

selamat pulang....alhamdulilah...lega agaknya. Xsbr nak.menaip mcm2 catatan... Nti dulu la..hehe...settlekn dulu pe yg ptt.... Nti kita sambung lagi k....