Isnin, 29 Februari 2016

Hujung Malam

       Dihening hujung malam.. siapa sangka mata masih meliar segarnya.. Sedangkan otak sudah penat memutar pikiran yang tanpa henti2.. penghuni dunia ni tak reti penat ke? Semalam berjaga..hari ini masih menunggu. Apa agaknya yer yang ditunggu.. kedengaran hujan renyai bertukar lebat.. tidurku akan ditemani dingin hujan malam ini.. Arghh..pasti lena.. Siaran televisyen memancarkan seri ulangan "Maharaja Lawak 2016". Mencuci mata sebelum lelap.. Emosi aku hari ni agak bercampur aduk. Mungkin keletihan tambah mood kurang elok. Dihujung meja kaca berhampiran bilik sendatku, rakanku sedang membelek-belek buku yang diterima secara percuma ketika hadir seminar tempoh hari. Buku ehsan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid. Isinya agak menarik yang menceritakan mengenai bagaimana untuk menuju kejayaan,kebahgiaan dan kekayaan.

       Korang dah tonton filem "Ola Bola"?. Dengar cite dah mencapai 12juta ranting di pawagam. Tapi masih belum berkesempatan nak pergi menonton. Ada rezeki beli cd jela..huhu.. Eh korg pun belum mengantuk lagi ke? Jom la kita cuba membuat aktiviti yang boleh buat kita menutupkan mata ni cepat.. Agak-agak korang apa aktiviti tu kan?

      Senang je..bukak pe2 buku gerenti la korang akan terlelap...hahaha..(kaki malas baca buku)..

      Sebenarnya apa yang aku tunggu erkkk.. Menanti bulan yang takkan muncul malam ni?..(sebab hujan kan..hahaha)...

      Badan ni mula la masuk angin satu badan.. Nak makan pun xselera. Kalu skip breakfirst camni la aku.. Akan longlai la sampai ke malam. Pagi tadi terlewat sikit sebab jem semacam, rupanya ada trailer excident.. ternampak lak gelung besar melingkar tengah jalan tu.

       Mula aku ni kalu da syok menaip. Semua cite nak aku kongsi ngn korang.. tapi stop dulu kot   esok masih ada kan.. Haa korang..pe lagi..tido la..sok kang lambat lagi.. aku pun sama.. baju pun tak iron lagi.. Come on semangatku yg kian jauh.. dekatkanlah kembali dengan izinmu Ya Allah... amin..