Ahad, 14 Januari 2018

MENCARI JALAN KELUAR

Menanti akhir hidup ini. Tiada apa didunia ini yg aku harapkan.. Aku mohon Allah ampunkan segala dosa2ku selama ni. Tak terhitung rasanya, betapa byk kezaliman pada diriku yg telah aku lakukan. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku malu berdepan denganMu. Sekian kali aku gagal lagi. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Bantulah daku. Hamba takut hanyut lagi. Berilah hidayahMu.

Maafkan dulu segala dosa2ku yang tak sempat mohon. Halalkan segala yang sengaja @ tidak aku makan & minum, pakai @ guna, kurang @ terlebih, lupa @ tangguhkan, janji yang tak tertunai, salam yang tak sempat disampaikan, amanah @ tanggungjawab yg aku tidak sempurnakan, kesilapan @ pertuturan yg tak aku perbetulkan serta segala yg tak sempat aku tunaikan.  Aku juga begitu. Maaf jika kata2 @ perbuatanku yg banyak menguris. Sedikit pun aku tidak menyimpan dendam pada sesiapa yg khilaf terhadapku. Aku maafkan & halalkan didunia & akhirat jua. Buat mak & ayah, mama & ayah, mak & encik, semua family angkat aku, zali serta  adikberadik kandung + adikberadik angkat, saudara mara dekat & jauh, kenalan karib & biasa, serta semua yg mengenali aku, aku sangat sayangkan semua, terima kasih atas segala nasihat & tunjuk ajar selama ini. Aku doakan Allah membalas segala kebaikan tersebut buat semua. Tanpa Allah aku mampu berada disini. Tanpa korang aku tak dapat ilmu kehidupan ini semua. Segala apa yang tinggal, aku wakafkan jika ianya bersesuaian untuk kegunaan ramai. Manakala peninggalan lain termasuk jika ada tunai, aku mohon amanahkan kepada Q untuk masa depannya nanti, insyaAllah. Hutang2 yang tinggal aku mohon tolong langsaikan dengan lebihan2 yang ada. Allah lebih mengetahui segalanya yang akan, sedang dan pasti berlaku. YA ALLAH ampunkan aku, atas segala dosa2 yang lalu hingga kini yang lakukan. Rahmatilah orang2 tuaku, ampunkan segala dosa2 saudara2ku. Berikanlah kami petunjukMu agar kami tidak tersesat dariMU YA ALLAH... YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, YA FATAH YA 'ALIM YA HAIYUN YA QAYYUN.. hambaMU yg lalai ini memohon kerahmatan YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan, ketabahan, kesabaran, kebahgian, kekayaan, kesenangan, sikap dan kelakuan yang tidak menyakitkan orang lain, jadikan hamba sentiasa bersyukur kpdMU YA ALLAH.. Ampunkan aku kerana hampir berputus asa untuk meneruskan hidup... aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan